Baru-baru ni, 23-25 November 2010, saya dan keluarga melancong ke Medan. Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Tanah Indonesia, tetangga yang terdekat. Kami mengikuti pakej pelancongan bersama grup seramai 27 orang. Pakej kami ialah, Berastagi-Medan selama 3 hari 2 malam.
Tempat-tempat menarik yang dilawati ialah Air Terjun Sipiso-piso (Pemandangan Danau Toba), Pasar buah Berastagi, shopping gila di kota Medan. Keseluruhan pakej, hotel dan tour berharga RM 500 seorang. Secara keseluruhan pakej ini baik dan berbaloi untuk pelaburan.
|
Pemandangan Berastagi di siang hari. Nyaman. |
Berastagi adalah kawasan pelancongan tanah tinggi seperti Cameron Highlandsdi Pahang. Cuaca agak sejuk 22 darjah celcius, amat sesuai untuk berehat dan mengendurkan saraf otak yang stress. Populasi penduduk Kristian melebihi Muslim, namun mereka toleransi dan saling menerima perbezaan. Ini jelas kelihatan bila Rumah Makan (restoran) Muslim berselang-seli dengan Rumah Makan Kristian yang rata-ratanya menyediakan babi panggang. Toleransi beragama ini jelas kelihatan dari bangunan gereja dan masjid yang berselang seli dalam penempatan yang sama.
|
Rumah Makan Muslim |
|
Rumah Makan Bukan Muslim, betul-betul di hadapan Rumah Makan Muslim. |
Pada hari pertama kami dijemput di Airport, Medan oleh pemandu pelancong yang sempoi dan terus bergerak ke Berastagi di mana kami akan bermalam. Dalam perjalanan menuju puncak Berastagi, kami singgah makan tengahari di Bandar Baru. Makanannya boleh diterima oleh tekak kami yang cerewet. Rumah makan di Medan masih menghidangkan semua lauk-pauk ke meja pelanggan dan hanya akan "charge" lauk yang dimakan sahaja. Sistem ini pada suatu ketika dulu terdapat di Penang dan telah diberhentikan di sekitar tahun 70'an.
Jalan menuju puncak terasa begitu lama kerana jalannya yang bengkang-bengkok dan rosak. Namun pemandangan hutan simpan yang luas dengan jurang yang dalam cukup untuk melekakan fikiran. Semakin tinggi semakin sejuk dan nyaman. Kami sampai di puncak dan terus check in ke Hotel Green Garden. Berehat seketika dan keluar tour ke Air Terjun Sipiso-piso untuk menikmati pemandangan Danau Toba dari puncak.
|
Air Terjun Sipiso-piso |
|
Pemandangan Danau Toba dari Puncak Sipiso-piso |
|
Alangkah indah lukisanNya. |
|
"Speechless!" |
|
Penulis, isteri dan anak. |
|
Sungguh menginspirasikan pemandangan di sini. |
Kami singgah ke pasar buah di Berastagi dan shopping buah-buahan serta makan jagung bakar "king size". Lepas makan jagung bakar kami makan malam di RM Family. Makanan ok, cuma sedikit terkilan kerana ada cekikan pelancong. Tapi tak apalah, sekali-sekala kan?
|
Makan di Rumah Makan Family. |
|
Pasar buah Berastagi |
Kami bermalam di Green Garden Hotel yang cantik dan murah; RM 70.00 sahaja dengan makan pagi. Malam makin dingin dengan kabus yang menyelubungi suasana. Letih kerana perjalanan jauh, kami terus masuk tidur. Namun malam dingin tak mengizinkan kami tidur nyenyak. Malam itu kami diganggu oleh entiti asing yang menaikkan bulu roma. Ada yang diganggu bunyi berdentum-dentam, hilai tawa dan kanak-kanak bermain sekitar jam 2 atau 3 pagi. Seram!!! Misteri Nusantara.
|
Green Garden Hotel. |
|
Kolam renang yang cantik tapi sayang sejuk sangat, macamana nak mandi?. |
|
Bilik besar, selesa tapi murah. The best value for money. Lantaklah misteri Nusantara. |
Esoknya kami bertolak ke Kota Medan yang sibuk. Lepas check in di Hotel Ibunda kami keluar lagi untuk shopping gila. Maklumlah kami semua dah jadi jutawan belaka. Duit Malaysia dah bertukar menjadi jutaan Rupiah! Perasaan jutawan itulah yang menjadikan kami gila shopping. Namun bila kami tengah teruja untuk shopping, kami dikejar oleh pemuda-pemuda medan yang berniaga ala paksa. Keghairahan kami terbantut dan duit tak habis dibelanja. (hehehe..selamat duit aku)
|
Ke Medan City |
|
Mak aih, shopping sakan. |
|
Awas Rujak Berbahaya! hahaha. Humor banget! |
|
Shopping gila di Pasar Ikan. (Nama Pasar Ikan sempena dulunya sebelum bazaar dibina di sini adalah pasar ikan) |
|
Adehh!! |
|
Sini-sini, kain pelikat, kain batik, telekung semua ada, murah-murah. |
Habis shopping gila kami ke kedai Bika Ambon dan Lapis Legit Ayu yang terkenal di Jalan Gedung Arca. Serbuan kami menyebabkan kesesakan lalulintas akut di situ. Alang-alang ke Medan, eloklah dibelikan oleh-oleh untuk saudara dan teman-teman.
|
Bika Ambon |
|
Lapis Legit |
|
Bika Ambon-terbaik dari Medan. |
Pulang ke Hotel Ibunda untuk mandi dan bersiap untuk shopping lagi di Mall Simpang Raya. Shopping lagi!
Malam itu kami semua tidur lena tanpa gangguan misteri Nusantara. Alhamdulillah!! Esok paginya kami pulang ke Penang dengan perasaan bercampur aduk. Suka dan seram, tapi suka lebih banyak dari seram.
Oleh:
Sanusi Din
29/11/2010
wah..wah..asyk sangat lah bang Sanusi dan keluarga bisa melancong ke Indonesia...terima kasih ya bang, telah menyumbang devisa untuk negara ku..hahahaha, walupun mungkin dari sisi kepuasan dan kenyamanan melancong belum lah maksimal dan itu disebabkan berbagai keterbatasan dari pihak2 yang terkait dengan fasilitas pelancongan. Adapun mengenai niaga ala paksa anak2 Medan mungkin karena memang watak orang2 Medan sudah seperti itu, lain halnya dengan Bali. Kalau di Bali tak ditemukan niaga ala paksa itu heheheh...ok ya bang Din selamat pulang kembali ke tanah air....salam rindu ku..:)
ReplyDeleteoohh.. rumah makan = restorant!
ReplyDeleteorg kata kalau ke indonesia, selain bwk beg baju, kena bwk beg besar utk isi duit jugak.. maklum laa.. jutawan!!