My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Wednesday, December 8, 2010

Hutan Lipur Ulu Paip-Destinasi Perkelahan Keluarga

5 Disember 2010, ke Hutan Lipur Ulu Paip, di Kulim, Kedah. Senang saja nak ke sini, ikut jer lah papan tanda.(hehehe). Dah lama tak berkelah kira-kira sedekad..hahaha. Bila anak saudara kami Yusri, datang dari Johor, kami pun bawak la dia berkelah ke sini.
Kemudahan awam yang tersedia termasuklah, surau, dewan dan tandas.

Bangunan surau dan dewan.
Kawasan tempat letak kereta luas dan percuma.

Ada gerai jagung bakar, rojak  dan jajan.

Hijau flora yang menyejukkan mata.

Merenung pokok misteri yang digelar pokok langsuir dapat merungkai stress dan segala macam kekusutan.

Lihatlah, air dingin yang mengalir perlahan sambil membelai batu batu sungai dan akar pohon bambu. 

Pokok apa ni? Saya lupalah namanya. Tapi cantikkan?

Ulat Gonggok Hutan Lipur Ulu Paip. Fauna yang unik.

Pondok rehat yang tersedia untuk para pengunjung.

Dari balik daun bambu, pemandangan sungai Ulu Paip sangat damai dan menyejukkan fikiran.


Wow! rasanya macam nak terus berendam dalam sungai, sampai kecut.

Kehijauan hutan simpan Negeri Kedah.


Pokok Palma apa ni? Pokok Palas ke?

Tu dia. Makanan simple tapi sedap banget. Kerang rebus cicah air asam, gulai lemak udang, ikan sardin goreng dan ayam goreng. Mak aii...terbaek dari dapur chef Noriati.

Ishhh...ishhh.. ermmm.. gulp!! Tertelan air liur la pulak.

Pulun, Yusri pulun, sampai tak panggung kepala.


Tikar tak ada, surat khabar lama pun boleh gak buat tikar. Aesya dan Yursi tengah lunch.

Sepupu yang best friend dari kecik sampai besar.

Yusri dan Aesya tengah bina kolam untuk mandi kat dalam tu.

Jangan minum air tu, belum masak lagi nanti sakit perut.


Siokkknya mandi kat Sungai Ulu Paip ni..Rasa macam tak mau balik Johor jer. Gerek Sehhh!!




Hutan Lipur Ulu Paip adalah destinasi perkelahan yang lebih family oriented. Sungainya agak cetek dan selamat untuk anak-anak kecil. Jika dibandingkan dengan Sungai Sedim yang deras dan dalam, di sini agak menenangkan jiwa mak bapak yang bawak anak-anak mandi manda di sini.

Oleh:
Sanusi Din

2 comments:

  1. cantik!
    tp, sg.sedim lg syok, pakcik
    tp takpa, ulu paip sesuai utk mak bapak yg nk bertenang sambil anak2 berenang ;)
    yg tak tahan tang bab mkn tu.. gulp!!

    ReplyDelete
  2. raino,

    makan banyak la pakcik smp tembun

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.