My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Sunday, January 17, 2010

Nasi Kerabu Terbaek di Pulau Pinang



Photo Updated: 21 Feb 2010


Walaupun aku bukan asal orang Kelantan tapi aku suka nasi kerabu.
Aku juga makan budu thanks to the Kelantan Folks Settlement (Kampung Nelayan) in Tanjong Dawai.
Aku diperkenalkan dengan makanan Kelantan semenjak di bangku sekolah rendah.
Bercakap tentang nasi kerabu terbaek di Pulau Pinang, aku dah cuba di merata tempat.
Selalunya berdasarkan cerita dan rekomendasi dari rakan-rakan yang telah mencuba.
Aku rasa aku layak memberi pendapat bedasarkan pengalaman memakan nasi kerabu semenjak 30 tahun.
Nasi kerabu yang dimaksudkan ialah berdekatan Taman Robina, Jalan Butterworth-Telok Air Tawar.
Dari Pengkalan TUDM menuju Teluk Air Tawar anda akan nampak Taman Robina di sebelah kiri. Perlahankan kenderaan dan perhatikan ke dalam kawasan rumah teres.
Perniagaan dijalankan di dalam rumah teres (Rumah Nombor 1500).
Waktu perniagaan dari 7.00 pagi sehingga habis. (Paling cepat 9.30 pagi dah habis)
Memang crowd puller, 1Malaysia customers.
Siapa lambat tak dapat!
Mereka juga menjual nasi lemak dan kuih-muih.
Aku tak dapat nak jelaskan kesedapannya macam mana.
Cuba sendiri dan bezakan dengan yang lain.
Aku bagi rank terbaek di Pulau Pinang!!

10 comments:

  1. I thought nasik kerabu kt psar mlm sg dua yg sdap..i still remember sumone told me dat...hv u tried?

    ReplyDelete
  2. this one has climb up the ladder to become no 1. the Sg Dua Pasar malam became no 2. Ha ha, I jusr tried this one.

    ReplyDelete
  3. Nasi kerabu memang makanan tradisi orang Kelantan dan di luar Kelantan memang sukar nak dapatkan nasi kerabu yang sedap seperti di Kelantan.
    Rupanya di Tanjung Dawai ada Kelantanese settlement ya. Tg. Dawai ni di Kedah kan?
    Selama 5 tahun dok Penang, pernah beli nasi kerabu di Sg Dua tapi memang takleh lawan yang ori, yang Mak buat.
    Terima kasih kerana menggemari makanan Kelantan.

    Kakchik nanged Sanusi.

    ReplyDelete
  4. kak cik wei,
    Bukan takat makanan kelante, kecek klate pun buleh.
    Ya Tg Dawai di Kedah. Banyok oghe kelate.
    Sg Dua punya tu oghe kedai lalat. Saing saya tu.
    Sorry la sbb saya baru try hok ni lg sempoi..
    Thank u. I nang u back satgi.

    ReplyDelete
  5. i love nasi kerabu very much..
    i thought got picture here.. sob~

    ReplyDelete
  6. bertahun jadik customer pakcik tu tak penah pon perasan nmbr rumah dia, alih2 customer yg baru sekali 2 pi beli dah hafal nmbr rumah plak! dasat nih!! :p
    actually, tukang jual, tukang masak nasik kerabu tu memang org kelantan betul, saya tahu sbb pakcik tu kawan sya punya cousin..
    diorang dah jual lama dah, kalau bulan posa, diorang jual kat pasar ramadan dpn sekolah t.a.t. time jual kat pasar ramadan ada solok lada, harga lebih sikit lah.. tp pagi2 hari takda plak solok lada, tak sempat buat kot?
    btw, takdak komisyen ker kat tukang rekemen? ahaks!

    ReplyDelete
  7. Kwong Fel,
    sorry no picture for u lah..
    u hv to go and taste it yrself...
    betul2 holiau

    ReplyDelete
  8. Anonymous,
    bukan hafal no rumah tu..mmg saja pi ushar sbb nk post kat sini..
    wah solok lada sdp ooo..
    Klu xdak solok lada RM2.50 tambah solok lada RM3.00 kut.
    Rekemen may komisyen mta a kt pakcik tu...
    saya review kedai die FOC jer..

    ReplyDelete
  9. Ermmm how about char koetiau ek? anywhere in penang yang sdap??i do know yg kt megamall tu sdap..ada lg tak kt tmpt laen??

    ReplyDelete
  10. tunggu...
    nanti sya buat review.
    gud suggestion.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.