Semasa tingkatan lima (1987) aku tinggal di asrama di SMV Batu Lanchang, di Pulau Pinang. Ini adalah tahun terakhir aku di asrama. Semenjak menjadi senior aku jadi sedikit gila kuasa. Aku ni multiple personality disorder sikit, akulah imam, ketua AJK asrama dan ketua 'organize crime'.
Bukan apa, tahun lepas dah kena teruk-teruk..kan..So, setelah menanti selama 3 bulan akhirnya junior yang dinantikan telah datang. Aku tengok ramai yang buat muka sekupang. Poyo dan bendul. Maklumlah nak kena berpisah dengan mak bapak. Biasalah, aku dulu pon sama gak. Lepas dua tiga kali keluar ke Tanjung (Georgetown), aku pon tukar kaler. Macam biasa, aku dan geng aku pon plan nak buat havoc kat budak-budak baru.
Ini bukan ragging, yang ni namanya minggu suai kenal.(hahaha tak bley blah)
Kami buat plan nak takutkan budak-budak junior dengan pocong. Aku dah lupa idea siapa, aku rasa ini idea Bakar 'putar alam syah'. Malam tu kami pon buat lah preparation untuk 'organized crime' kami.
Kami ambil bantal 4 biji dan balutkan dengan cadar putih. Lepas tu kami ikat bagi jadi bentuk sebijik macam pocong. Kami pikirkan macam mana nak buat effect bagi pocong meloncat-loncat baru nampak real. Akhirnya terkeluarlah idea untuk ikat hujung pocong ke kayu mop. Kami akan pegang hujung kayu mop dari tingkat satu dan buat effect loncat supaya bila dilihat dari tingkat bawah nampak real. Malam nanti sure ada yang terkencing dalam seluar ni.
Roslan memberi idea tambahan iaitu merakam efek bunyi seram.
Kami pun setuju. Petang tu jugak kami rakam efek bunyi yang amat menyeramkan. Bila malam menjelang kami makin teruja menanti jam 11 malam. Bila jam 11 lampu akan ditutup. Tanduk kami pun dah mula tumbuh ni... Bakar dan Roslan bertanggungjawab mengendali pocong.
Zaid kena jaga kaset.
Aku pula kena ushar line takut terkantoi dengan warden. Kalau ada yang pengsan atau histeria akulah yang akan jadi tok moh. Walau apapon terjadi aku tetap hero. Ahakz!! Seperti yang dirancang, semua berjalan lancar. Pocong diturunkan, kaset dimainkan.
Selang lebih kurang 10 minit kedengaran suara tangisan. Seorang budak junior mula menangis ketakutan kerana nampak pocong terloncat-loncat di luar dorm. Dengan iringan hilai tawa pocong jadi semakin seram, suasana gawat.
Seorang lagi membaca surah Al-Fatihah berulang-ulang. Ada dua tiga orang ikut menangis ketakutan. Akhirnya ada orang histeria!! Semua cabut lari dan hapuskan bukti.
Aku pon turun bawah menenangkan keadaan. Warden datang dan keadaan pon terkawal. Kesokan harinya heboh satu asrama tentang cerita pocong.
Mulai dari itu setiap malam Jumaat, penuhlah surau dan bergemalah bacaan Surah Yassin. Warden cakap kat aku bagus betul approach aku untuk dapatkan kehadiran penuh sesi bacaan Yassin.
Aikkk!!! dia tau jugak....Kantoi.
Morale of the story:
1. Nawaitu tak menghalalkan cara. Kalau ada yang sakit jantung, silap haribulan boleh "jalan". Jangan tiru aksi ini.
2. Warden makan garam dulu dari kita semua, buatlah apa pun, InsyaAllah, Kantoi akhirnya.
haha....
ReplyDeletehampir sama time teman kat asrama dolo...
sonok nyakat bebudak junior nie...
tapi yang letihnyea...
saja2 nyakat...
last2nyea.. yang betoi lak datang.. haru satu asrama!!
hahaha!
ReplyDeletejahat gila!!
hero yg tak bleh blah :p
haha kulop ludin pon kena yang betoi punya
ReplyDeletesaya pon kena yang 'opera cina' punya
dia mai dengan sound effect 'tong-tong-chee-tong-tong-chee'
rainoserez,
ReplyDeletebukan jahat..nakal sket jer
bukan jin...ceplos sket jer
never had any...
ReplyDeletehopefully wont get any...
Farah,
ReplyDeleteJangan dok sebut..
bahye-bahye
oh no!!!tkot2...
ReplyDeletemy mum told me to amal 3 ayat terakhir surah hasyr...
surah tu mampu memecah bukit...
insyaAllah kita akan dilindungi..
tp kalo dh pocong buatan...
xtau la nk jdik apa kt pocong tu..xtnya plak my mum yg tu...
yang pocong buatan tu
ReplyDeletemau bagi tongkoi jer
ha ha
correction: 4 ayat terakhir daa...bkn 3..
ReplyDeleteO ok, noted. Thanks.
ReplyDeletenice post
ReplyDeletenice post
ReplyDelete