My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Sunday, January 10, 2010

Apakah cita-cita kamu bila kamu dewasa nanti?

Pada suatu hari di sebuah bilik darjah 6.
Peperiksaan baru tamat.
Budak-budak diberi kelepasan dari belajar. (biasalah sekolah kebangsaan kan...)
Ada yang bermain chess, dam petak, dam ular dan ada juga main chess cina.
Budak-budak lelaki ada yang main sepak raga bulat yang dibuat dengan gumpalan kertas.
Budak-budak perempuan ada yang bersembang di sudut bilik darjah.
Cikgu hilang entah ke mana, mesyuarat barangkali. (positive thinking)
Keadaan dalam kelas sungguh riuh rendah, sekali dengar macam pasar borong.
Dua kali dengar macam pasar malam.
Oleh kerana terlalu bising dan sibuk dengan akiviti bebas, semua murid tidak menyedari kehadiran PK.
PK pun masuk ke dalam bilik tersebut sambil berdehem-dehem sebagai isyarat kehadirannya.
Selepas dua tiga dehem akhirnya ketua darjah menyedari lalu berkata. 'Banguuuuuun!!!' Kuat sekali.
Semua tersentak dan bergegas kembali ke tempat masing.
Sepi seketika. Tenang dan damai.
'Assalamualaikum Cikgu!' jerit ketua darjah diikuti oleh semua murid.
'Waalaikummussalam dan Salam 1Malaysia' Jawab PK.
'Kenapa ni bising sangat macam market?' Tanya PK.
Semua diam terpaku tanpa jawapan.
'Semua boleh duduk' sambung PK.
Semua murid pun duduk.
PK pun bersyarah panjang mengenai disiplin bla bla bla.
Semua pelajar menundukkan kepala tanda insaf (ada juga yang berlakon)
Akhirnya ceramah beliau pun tamat.
'Cikgu nak tanya kat kamu semua sorang demi sorang, apa kamu nak jadi bila dah besar nanti'. PK berkata sambil meng'ejas' cermin mata ke atas hidungnya.
'Kita mulakan dengan yang hujung sebelah kanan dulu, ikut barisan yang depan mula dulu, kemudian diikuti dengan yang di belakangnya dan begitulah seterusnya, ok?'
PK tanya lagi,'Semua faham ke?'
'Faham cikgu'. Jawab murid-murid.
'Ok kita mula sekarang. Bagitau nama kamu,cita-cita kamu dan kenapa kamu pilih kerjaya tersebut' Terang PK.
'Nama saya Siti Nur Fazura binti Wahab, saya nak jadi artis/pelakon sebab saya suka glamer dan pakai kasut tinggi'
'Nama saya Ahmad Danial bin Abu, saya nak jadi ahli muzik sebab saya suka rock cikgu.
'Nama saya Fatin Dania binti Majid , saya nak jadi pramugari, sebab saya suka pergi makan angin kat luar negeri. (Dalam hati; Saya nak kawin dengan pilot)
Nama saya Mohamed Fareez bin Abdul Majeed, saya nak bisnes sendiri macam bapak saya, dia cakap mesti berniaga baru hidup boleh senang.
Nama saya Lim Beng Hock, saya nak jadi akauntan sebab saya meminati bidang pengurusan kewangan.
Nama saya Balwinder Singh A/L Karam Singh, saya nak jadi peguam sebab saya pandai berhujah.
Nama saya Thomas A/L Chellaya, saya nak jadi doktor sebab saya nak tolong orang yang sakit.
'Bandingkanlah budak-budak melayu punya cita-cita dengan budak-budak lain' Hati kecil PK berbisik.
Nama saya Anita binti Ahmad, saya pun nak jadi doktor juga cikgu macam Thomas...
'Perghhh.. lega, akhirnya ada jugak sorang yang boleh diharap'. Bisik hati kecil PK.
'Kamu tak cakap pun kenapa kamu nak jadi doktor, Anita..'Tanya PK.
'Errr..., sebab saya pandai sain cikgu, kawan saya cakap kalu nak jadi doktor kena pandai sain' Anita menjelaskan.
'Oh, betullah kamu kena pandai dalam subjek sains baru lah bole jadi doktor'. PK mengiyakan.
'Berapa markah subjek sains kamu semasa trial exam tempohari?' Tanya PK lagi.
'25% cikgu'. Jawab Anita.
'Laaa.. tadi kamu cakap kamu pandai sains, pandai apa ke benda nya 25% saja markah kamu'. PK naik angin.
'Saya bukan cakap pandai subjek sains cikgu, saya kata saya pandai sain, pandai tandatangan cikgu' Jawab Anita membela diri.
'Kawan kamu yang mana cakap hanya pandai sain boleh jadi doktor?' Tanya PK kebengangan yang melampau.
'Siti Nur Fazura lah yang cakap, cikgu'. Jawab Anita hampir menangis.
'Ooooo.... patutlah' PK menggelengkan kepala.

Morale of the story:
-"Lu pikir la sendiri"
-Nabil Raja Lawak.

2 comments:

  1. I had that experienced once..malu gila bila bdak2 melayu jwb cmtu..then i asked those yg bg jwpn pelik2 tuh...diorg ckp...saja nk lawak2...

    ReplyDelete
  2. >Yang tu melawak xpa arr..ni mmg betoi2 suka merapu...nanti besaq nak jd apa?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.