My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Showing posts with label WTH. Show all posts
Showing posts with label WTH. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

Surat Terbuka dari Baby






Hai orang yang dah besar!!

Saya baby.
Saya perlu diperhatikan.
Saya perlukan belaian.
Saya perlukan kasih sayang.
Sebab saya baby lagi.
Saya comel dan nakal sikit.
Tapi sebenarnya saya hanya nakkan perhatian.
Saya suka merengek sebab saya tak tau cakap bila;
lapar atau kembung perut atau panas
atau ternampak jin dan setan

Oleh itu janganlah dera saya
janganlah pukul saya
janganlah buang saya
sebab saya masih baby
saya tak tau jaga diri sendiri
berilah peluang saya hidup
sebab saya pun teringin nak jadi orang dewasa suatu hari nanti
dan saya janji saya tak akan buang bayi saya nanti, bila saya dah dewasa

Ikhlas dari,
Baby

Wednesday, April 7, 2010

Story About the Coolest Ambulance Driver on Earth.



OMG it has been years since my last post.
Been so buzy lately, "taihen des ne!"
I have not brought work to home for many years but now, I did.
Wa lau wei... why am I so workaholic nowadays?
Those are excuses for not posting..hahaha!

Well, to tell the truth, I am not myself lately, I am so hardworking, serious looking, skip lunch etc.
All this, plus all the positive things, make me an alien to myself. 
I am losing my very own self.
Why?
Atama ittai!!

WTH lah.. I am not going to loose myself again..
Now, I am going to post something my kind and my type.
This true "sengal" but funny story.
It happened on 14 July 1993, I remember well because it's my daughter's birthday.
She is my second child.
Wah, 17 years ago lah.. (so fast ahh!!)
She is going to sit for SPM this year.

Back to the story,
That day, my wife felt a pre-delivery pain etc.
It was not due date yet, I thought my baby wanted to get out early to see the world.
So, back then I only have "kapcai", so my brother in-law called an ambulance.
It took around 30 minutes for the ambulance to reach Ayer Itam from General Hospital, Penang.
I followed together in the ambulance.

As we reached Jalan Scotland, my wife felt the baby was so near and told the nurse about her condition.
The nurse told her to hold her breath.
I guess she didn't want her to deliver in the ambulance.
I wonder, if my baby was delivered there, what will be her place of birth in the birth certificate?
Imagine Scotland Road, he he he..nice.

In  emergency situation, the ambulance normally speed-up and on the ninoninonino sound but the ambulance went on so smoothly and quietly like nobody business while the baby was nearly delivered.
I was puzzled and a bit panic, when the ambulance stopped at traffic light.
I asked the nurse why an ambulance need to follow traffic rules during emergency.
She kept quiet. 
Finally we reached Maternity Hospital in Jalan Residensi.
As I registering, the nurse brought my wife straight to labor room.
Just within minutes she delivered a cute baby.
Fuhhh..! Finally all the agony and anger to the ambulance driver disappeared.

There you go!
For the record, that man was the coolest ambulance driver in the world.
If only they hired ex mat rempit or formula one driver for driving ambulance.

Morale of the story:
Don't hire "mat bendul + skema" as ambulance driver.

My daughter who nearly born in Scotland Road, Penang on the way to Maternity Hospital, Atikah Liyana Dhabitah in green shirt.

Friday, March 19, 2010

Cerita Cili Padi @ Cabai Melaka

Cili padi, orang utara panggil cabai melaka, pedas tapi sedap.

Aku suka cili padi.
Buat air asam, makan dengan daging rebus atau ikan bakar.
Makan dengan laksa, perghh..bestnya.
Potong nipis-nipis campur dengan kicap cair, makan dengan kway teow t'hng...pak mentua lalu pun tak nampak.
Abang aku lagi daring, dia makan cili padi mentah-mentah buat ulam.
Cili padi memang best, tapi kalau silap haribulan boleh ternganga kepedasan.

Masakan Thai paling banyak menggunakan cili padi.
Salah satu masakan Thai yang guna banyak cili pad ialah "Thai Green Curry"
Biasa makan ke?
Selalunya orang masak kari hijau Thai ni dengan ayam.
Dulu masa aku kerja kat hotel, ada jugak makanan ni.

Mat saleh memang terkenal dengan sikap ingin tahu yang kuat.
Orang cakap, "curiosity kills the cat".
Bila nak order makanan, depa akan tanya macam-macam.
Kami pun terangkanlah serba sedikit tentang makanan.

Satu hari tu, ada satu couple omputeh dari mana ntah, minta aku rekemen makanan.
Aku pun rekemenlah "Thai Green Curry" yang sedap tu.
Siap promo lagi, "it's my very own favorite dish"
Si isteri yang minta, si suami makan benda lain.

Bila makanan sampai, depa pun terus makan.
Tiba-tiba si isteri menjerit-jerit dengan kuat sambil menangis.
Aku pun pergi ke meja depa untuk check kenapa dia nangis.
Si suami cakap isterinya makan "green bean" yang sangat pedas.
"She ate spicy green beans, please help, please help". Si suami meminta tolong dalam keadaan panik.
Aku dapati dia makan cabai melaka mentah yang dibuat hiasan ("garnishing").

Aku pun terus mengambil "ice cube" dan suruh dia mamam.
Tapi lepas ais semua habis, dia masih kepedasan.
Aku pun teringat masa kecik-kecik dulu arwah mak aku selalu letak gula atas lidah aku jika aku tergigit cabai.
Aku terus suruh dia jelirkan lidah dan letak gula.
Lepas tu, dia beransur pulih dan berhenti menangis.

Suami dia siap ucap jutaan terima kasih kat aku kerana tolong isteri dia.
Nasib baik aku ada fast remedy untuk minah saleh tu.
Kalau tak, tak taulah sampai bila dia nak nangis.
Lepas tu aku cakap kat chef, jangan la letak cabai melaka buat garnishing.
Ramai omputeh yang tak tau beza antara cabai dengan french beans.

Lesson Learnt:
1.Curiosity kills the cat.
2.No rushing, jangan gelojoh, check dulu, confirm apa yang nak dimakan.
3.Jangan over confident, bahaya tau.



Wednesday, March 17, 2010

Boss yang Syok Sendiri



Haipp, tidur ekk!! Menyamar macam fokus konon.

Lamanya tak post.
Sebenarnya ada banyak bahan baru, tapi masa yang kureng.
Broadband pun sengal macam chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada.
Nak blogwalking pun susah, lepas kul 12.00 malam baru ok sikit.
Alamatnya, pagi-pagi aku tidur dalam meeting.

Tidur dalam meeting, bukan aku sorang, ramai yang tidur.
Ada senior manager orang jepun pun selalu tidur.
Aku tanya dia kenapa dia selalu tidur.
Dengan slamber dia jawab, "E-go wakaranai"
Sempoi gila jawapannya, "Saya tidak faham Bahasa Inggeris"
Nasib baik dia tak jawab, "Maggi saya sudah kembang"

Bukannya kami sengaja nak tidur tapi ada sebab yang tak dapat dielakkan.
Chairman syok sendiri.
Inilah masalahnya bila orang yang tak berilmu diberi kepimpinan.
Sepatutnya top management hanya fokus kepada isu-isu besar, membuat polisi, pelan jangka panjang dan perkara-perkara conceptual.
Dia ni gila babas, semua hal-hal remeh temeh semua nak bawa masuk meeting.
Akibatnya, meeting 1 jam dragged sampai 3 jam.

Boleh buat kerja lain yang lebih berfaedah dari membuang masa 3 jam.
Rugi betui la pagi-pagi buang masa, hilang momentum.
Sengal tul la, naik tension kami semua.
Dahlah cakap benda-benda tak berfaedah, (non-value added) lepas tu perasan, bajet best ar tu.
Lemas perut aku.

Kesimpulannya di sini, tujuan meeting telah tersasar akibat big boss yang syok sendiri.
Aku berjanji (dalam hati) bila aku jadi big boss nanti, aku takkan buat semua ni.
Korang pun, kalau jadi big boss, jangan syok sendiri tau.
Buat susah orang, hampeh.
Nak sound lebih-lebih takut gaji tak naik, adehhh! 

Sunday, March 7, 2010

Top 3 Perangai Buruk yang Menjengkelkan Aku

Aku bukan nak berleter kerana aku pun tak suka kena leter.
Tapi aku kena share jugak perangai buruk orang kita yang menjengkelkan aku.
Inilah top 3 perangai buruk yang menjengkelkan aku yang selalu aku jumpa selama aku hidup 40 tahun.

1. PHD (Perangai hasad dengki)
Yang buruk:
Bila nampak kawan pakai kereta besar (lebih kaya dari kita), mulalah buat cerita kata dia tu jual dadah, bapak ayam, geng mamak, pecah amanah, rasuah dan sebagainya.
Sepatutnya:
Berbangga dengan kejayaan kawan.
Kalau tak puji pun, janganlah buat gosip liar, berdosa tu.

2. Tak tepat masa.
Yang buruk:
Bila buat temujanji tak pernah tepat.
Selalu lewat sampai dan tidak menghormati masa orang lain.
Macamlah orang tak ada kerja lain, selain dari menunggu dia sorang.
Sepatutnya:
Kalau selalu lambat setengah jam, bertolaklah awal setengah jam dari kebiasaan.
Kalau susah bangun pagi, buat temujanji sebelah petang.

3. Tak hormat orang yang lebih tua.
Yang buruk:
Tidak menunjukkan tanda hormat kepada orang yang lebih tua, cakap kasar, cakap secara sama level.
Walaupun belajar tinggi, orang tetap akan cakap, dia tu kurang ajar sebab tak hormat kepada orang yang lebih tua.
Lagi satu orang akan cakap, mak bapak kita tak ajar, sedangkan mak bapak kita dah ajar tapi kita tak nak ikut.
Sepatutnya:
Budi bahasa dan adat ketimuran dah ada asas yang kukuh dalam menghormati orang yang lebih tua, so ikutlah.
Jangan sesekali leveling dengan orang yang lebih tua dari kita walaupun kita lebih kaya atau lebih educated kerana sebenarnya kita tetap kurang dari segi lamanya hidup di dunia.

Orang cakap, dalam hidup kita sentiasa belajar untuk memperbaiki diri.
Tapi jika kita asyik ulang kesilapan yang sama, itu tandanya kita degil, bukan tak belajar.
Belajarlah dari kesilapan orang lain kerana kosnya lebih murah dan tidak akan melukakan diri sendiri.
Aku pun masih belajar, walaupun umur dah hampir separuh abad.

Saturday, March 6, 2010

Pakej Pertolongan Cemas

Dah lama tak post dalam bahasa melayu rojak.
Bukan terer sangat pon omputeh, saja jer nak improve penulisan bahasa Inggeris.
Tu dia, tajuk post aku kali ni ialah Pakej Pertolongan Cemas.
Ambik kau!!

Kisah benar ni, berlaku kepada anak sulung aku.
Kesian mamat tu.
Dia berumur 19 tahun tapi dah kerja (sebab sekolah tak nakkan dia, bukan dia tak nak sekolah).
Dia kerja di sebuah hotel yang agak banyak bintangnya di Pulau Pinang.

Pada malam Chinese New Year yang lepas, dia buat Overtime dan balik dalam pukul 4 pagi.
Dia pakai kapcai buruk aku la.
Yang baru bapak dia pakai. hahaha.
Agaknya dia terlelap sekejap, motor terbabas dan terlanggar divider jalan.
Dia pun tergolek dan pengsan sebab helmet terkeluar dan kepala terhantuk ke entah apa.

Ada orang tolong tarik dia ke tepi jalan, kalau tak mungkin lebih bahaya.
Orang tu tolong panggil kawan sekerja dengan menggunakan handphone anak aku yang tengah pengsan.
Setelah yang pengsan tersedar, didapati handphone (baru beli seminggu), wallet yang berisi kad pengenalan, kad atm dan duit telah dirembat oleh orang yang menolongnya tadi.

Haa..! tu dia, perompak tu tolong semua sekali.
Inilah yang dinamakan pakej pertolongan cemas.
Siap tolong rompak sekali barang-barang orang yang kemalangan.
Hmmm..macamana nak kategorikan perompak jenis ni hah?
Perompak baik kut.

Motor lingkup, kepala kena jahit 8 jarum dan kena rompak.
Kesian kat mamat tu.
Tapi Alhamdulillah dia selamat.
Anak aku lelaki sorang jer.
Macamana pun, dia tetap satu-satunya anak lelaki aku.

Thursday, March 4, 2010

Marrying An Engineer (True Story)

The Engineer and The Frog by Si Nelayan
This story pop up after I read the above story.
Don't try this at home. (Just for sharing fun story)

Sometime we have to tell white lies.

Sometimes things are not better in their true form.
Sometimes, in order to reduce damage, we had to tell lies.
Have you got this kind of experience?


Let me tell about my friend’s story.
This is true story happened in early 90’s.
Jamal (not real name) was the ever charming and chubby guy.
Jamal met a girl, Nita (not real name also).
I didn’t asked how they met, but surely not through facebook!
She was a medic student.
Jamal was madly in love with this girl.
So did the girl.


Nita came from well to do family.
Jamal was a normal guy working in Gambling Arcade in an Elite Golf Course in Selangor.
So, you see where I am coming from?
It was not easy for Jamal to actually win Nita’s family.
It’s going to be like typical Hindi or Malay movie.
Jamal had to do something to salvage his love.


Jamal was a very good strategist, even he studied until form 5 only.
How he outsmart the rest of people make me salute him.
His strategy was so daring, others would fear to even think of it.
So, one day they went out for the first date.
Nita asked him about his job.
Jamal said he was in his final year doing some engineering degree in a local university.
There you go, future engineer, not bad at all for a future doctor to be.


It went on until Nita graduated and they got married.
Nobody knew that he wasn’t an engineer.
Nita got posting in Penang and he followed and worked in the same hotel with me.
Nita had no clue that Jamal was actually working in a hotel.
She thought her husband was working in a factory somewhere in Bayan Lepas.


During working as a waiter in coffee house, he was on habitual sick leave.
So, I checked out of curiosity, where he bought the MCs.
Later he told me that his wife was a GP at government hospital.
Wahh! Interesting, how on earth that this ordinary guy could marry a doctor?
Then, the above story came out.


He was “kantoi” big time after Nita pregnant (first baby), what to do?
I asked him how he got away with the engineering bluff for so long.
He told me that he actually studied basic engineering terms on his own.
The last time I met him, he was an Inbound Tour Manager with big tour company.
I wonder, how slumber he was during job interview!


Lesson Learnt:
1. Nak tipu pon, do it in style. Ilmu mesti penuh di dada.
2. Si Nelayan, check betoi2, adakah your future husband really an engineer.
3. Kalau tipu berdosa, nanti kat akhirat jawab sendiri.

Monday, January 18, 2010

Most Men Afraid of Ghost, Not Their Wives

I have one follower asking me to write about this.
So here I am, writing about this sensational issue.
Why men are misjudge?
The answer is when you say it in Hokkein, "Lu kia a boar".(you are afraid of your wife)
(Boar is so damn fierce, especially when they have small babies)
It's suppose to be a joke...come on!!
To my opinion, the way I see it, most Malaysian men are actually afraid of ghost not their wives.
Why lor?
It's simply because the do not want to seek problems that can end up in trouble with their beloved wives.
The biggest scare is when they have to sleep separately.
You see, men are coward, they are afraid to sleep alone.
And one things for sure, they love their wives so much they always keep quiet to an endless nags.
So the idea of Malaysian men are afraid of their wives can be dismissed effective immediately.

Saturday, January 16, 2010

Old Habit Die Hard (Bad Habit Die Harder)

Ini kisah benar tentang seorang kawan yang pandai putar alam. Dia ni classmate aku masa kat SMT Batu Lanchang, Penang, 1986-1987. Dia juga orang kampong aku di Kedah. Saudara mara aku la jugak, bau-bau bacang. Bakar (nama sebenar dirahsiakan) memang kaki putar alam. Dia punya prinsip simple jer. Kalau terkantoi jangan ngaku dengan segera. Putar-putar dulu selagi boleh. Kalau dah tak boleh, last sekali baru mengaku. Cikgu panggil dia, Putar Alam Syah.

Sunday, January 10, 2010

Apakah cita-cita kamu bila kamu dewasa nanti?

Pada suatu hari di sebuah bilik darjah 6.
Peperiksaan baru tamat.
Budak-budak diberi kelepasan dari belajar. (biasalah sekolah kebangsaan kan...)
Ada yang bermain chess, dam petak, dam ular dan ada juga main chess cina.
Budak-budak lelaki ada yang main sepak raga bulat yang dibuat dengan gumpalan kertas.
Budak-budak perempuan ada yang bersembang di sudut bilik darjah.
Cikgu hilang entah ke mana, mesyuarat barangkali. (positive thinking)
Keadaan dalam kelas sungguh riuh rendah, sekali dengar macam pasar borong.
Dua kali dengar macam pasar malam.
Oleh kerana terlalu bising dan sibuk dengan akiviti bebas, semua murid tidak menyedari kehadiran PK.
PK pun masuk ke dalam bilik tersebut sambil berdehem-dehem sebagai isyarat kehadirannya.
Selepas dua tiga dehem akhirnya ketua darjah menyedari lalu berkata. 'Banguuuuuun!!!' Kuat sekali.
Semua tersentak dan bergegas kembali ke tempat masing.
Sepi seketika. Tenang dan damai.
'Assalamualaikum Cikgu!' jerit ketua darjah diikuti oleh semua murid.
'Waalaikummussalam dan Salam 1Malaysia' Jawab PK.
'Kenapa ni bising sangat macam market?' Tanya PK.
Semua diam terpaku tanpa jawapan.
'Semua boleh duduk' sambung PK.
Semua murid pun duduk.
PK pun bersyarah panjang mengenai disiplin bla bla bla.
Semua pelajar menundukkan kepala tanda insaf (ada juga yang berlakon)
Akhirnya ceramah beliau pun tamat.
'Cikgu nak tanya kat kamu semua sorang demi sorang, apa kamu nak jadi bila dah besar nanti'. PK berkata sambil meng'ejas' cermin mata ke atas hidungnya.
'Kita mulakan dengan yang hujung sebelah kanan dulu, ikut barisan yang depan mula dulu, kemudian diikuti dengan yang di belakangnya dan begitulah seterusnya, ok?'
PK tanya lagi,'Semua faham ke?'
'Faham cikgu'. Jawab murid-murid.
'Ok kita mula sekarang. Bagitau nama kamu,cita-cita kamu dan kenapa kamu pilih kerjaya tersebut' Terang PK.
'Nama saya Siti Nur Fazura binti Wahab, saya nak jadi artis/pelakon sebab saya suka glamer dan pakai kasut tinggi'
'Nama saya Ahmad Danial bin Abu, saya nak jadi ahli muzik sebab saya suka rock cikgu.
'Nama saya Fatin Dania binti Majid , saya nak jadi pramugari, sebab saya suka pergi makan angin kat luar negeri. (Dalam hati; Saya nak kawin dengan pilot)
Nama saya Mohamed Fareez bin Abdul Majeed, saya nak bisnes sendiri macam bapak saya, dia cakap mesti berniaga baru hidup boleh senang.
Nama saya Lim Beng Hock, saya nak jadi akauntan sebab saya meminati bidang pengurusan kewangan.
Nama saya Balwinder Singh A/L Karam Singh, saya nak jadi peguam sebab saya pandai berhujah.
Nama saya Thomas A/L Chellaya, saya nak jadi doktor sebab saya nak tolong orang yang sakit.
'Bandingkanlah budak-budak melayu punya cita-cita dengan budak-budak lain' Hati kecil PK berbisik.
Nama saya Anita binti Ahmad, saya pun nak jadi doktor juga cikgu macam Thomas...
'Perghhh.. lega, akhirnya ada jugak sorang yang boleh diharap'. Bisik hati kecil PK.
'Kamu tak cakap pun kenapa kamu nak jadi doktor, Anita..'Tanya PK.
'Errr..., sebab saya pandai sain cikgu, kawan saya cakap kalu nak jadi doktor kena pandai sain' Anita menjelaskan.
'Oh, betullah kamu kena pandai dalam subjek sains baru lah bole jadi doktor'. PK mengiyakan.
'Berapa markah subjek sains kamu semasa trial exam tempohari?' Tanya PK lagi.
'25% cikgu'. Jawab Anita.
'Laaa.. tadi kamu cakap kamu pandai sains, pandai apa ke benda nya 25% saja markah kamu'. PK naik angin.
'Saya bukan cakap pandai subjek sains cikgu, saya kata saya pandai sain, pandai tandatangan cikgu' Jawab Anita membela diri.
'Kawan kamu yang mana cakap hanya pandai sain boleh jadi doktor?' Tanya PK kebengangan yang melampau.
'Siti Nur Fazura lah yang cakap, cikgu'. Jawab Anita hampir menangis.
'Ooooo.... patutlah' PK menggelengkan kepala.

Morale of the story:
-"Lu pikir la sendiri"
-Nabil Raja Lawak.

Thursday, January 7, 2010

Kisah Mat betul bendul dan P****

Jalan cerita ini benar.
Watak terpaksa dirahsiakan.
Dialog disensasikan untuk menambah gempar dan mengekalkan minat membaca.
Pada suatu hari Mat (bukan nama sebenar) sedang naik motor ke tempat kerja.
Sampai kat satu selekoh tiba-tiba ada dua orang p**** menahan Mat.
Mat pun berenti kat tepi jalan.
Salah seorang p**** meminta lesen dan roadtax dari Mat.
Mat yang betul bendul terus jawab, 'Saya tak dak lesen Encik'
P**** yang lagi seorang pun tanya, 'Kalu hang takdak lesen pasai apa bawak moto?'
Mat dengan selamba menjawab, 'Saya pi test moto dah banyak kali tapi tak lulus Encik'
P**** pun tanya lagi,'Awat hang tak huluq sikit baru senang dapat lesen'
Mat dengan muka poyo cakap kat P**** 'Saya dah huluq dah Encik tapi tetap fail jugak'
'Hang huluq sikit mana cukup'. Sambung P****
Mat pun cakap,'Saya huluq sampai habis Encik tapi tetap tak pass, bukan saya tak huluq'
P**** dengan nada tak puas hati terus tanya Mat,'Berapa hang huluq?'
'Satu saja la Encik, mana buleh dua-dua nanti terbalik la' Jawab Mat dengan bersungguh-sungguh.
P**** dalam sedikit pening tanya kat Mat, 'Apa yang hang huluq?'
'Saya huluq tangan la masa nak berenti moto' Mat menjawab.
'Laaa.. awat la hang ni bengap ka bendui!!' Kata P**** tadi sambil disambut dengan gelak besar oleh P**** yang lagi satu.
Lepas tu P**** tanya lagi,'La ni hang nak buat macam mana?'
Mat jawab,'Tak tau la Encik, ikut la Encik nak buat apa pun'
'Ok la ni macam ni, kami dah lama tak makan KFC, apa kata hang belanja kami KFC, boleh?' kata P****
'Ok, ok' kata Mat sambil bergegas start moto.
P**** pun bengang kat Mat lalu berteriak,' Hoi maarop, hang nak lari ka?'
'Bukan nak lari Encik, saya nak pi beli KFC kat Encik la, Snack Plate cukup la no, saya tak dapat gaji lagi' Jawab Mat terketar-ketar.
'Hang bagila duit kat kami kami pi beli sendiri.' Kata P****
Dengan selambernya Mat jawab'Tak buleh Encik, Mak kata tak baik bagi duit kat P****, rasuah tu..haram!!'
'Tu yang hang nk blanja KFC tu kira apa pulak?'tanya P****
'Yang tu kira sedekah la Encik, lagipun kita kan saudara sesama Islam, hari ni saya blanja Encik dua orang, mana tau lain kali ada orang lain belanja saya pulak', Kata Si Mat.

Morale of the story:
1. Haram tetap haram walaupun diselindung dengan perkataan lain.
2. Pelajaran yang baik boleh di dapati dari sumber yang tak disangka-sangka.

Wednesday, January 6, 2010

Is your beef Halal?


Ini kisah benar yang berlaku semasa penulis kerja di hotel dalam tahun 1990 sebagai pelayan di restoran (coffee house). Dialog dalam bahasa Inggeris dan cerita ini sengaja ditulis secara santai.

Pada suatu petang yang tak berapa buzy sebab room occupancy dalam 50%. Kerja kat beach resort bukan sepanjang tahun full house. Lepas musim salji hotel pun sunyi. Bolehlah 'mengular' sikit. Tapi yang sedihnya service point ciput saja. Gaji pun jadi ciput.

Waktu makan malam, adalah satu couple, guest dari Arab panggil aku. Diorang nak order makanan. Aku pun menghampiri si suami dan dia pun bertanya, Dengan slang Arab, "I want to have steak" Aku pun bertanya ikut skrip 5 Stars, "How would you like your steak to be done, Sir?" Dia jawab, "Well done, but I want to check with you, is your beef halal?" Aku pun jawablah dengan confident tahap gaban, "Yes sir, definitely, we only use halal meet imported from Australia."

Dia buat muka poyo sambil menyoal, "Are you sure?" Aku pun jawab ikut skema 5 Stars, "I am very sure Sir, but anyhow, I will show the label for you". Aku pun masuk kitchen dan ambil paket sirloin steak dan bawa ke depan. Aku terus tunjuk kat pak Arab tu label yang tertulis logo halal dari rumah penyembelihan Australia. Dia terus cakap kat aku,"Thank you very much, now I am satisfied". Aku pun rasa lega.

Banyak songeh sangat Pak Arab ni. Aku pun terus tanya minuman dia, "What would you like to have for a drink, Sir?" Dia pantas menjawab,"1 Heineken please" Aku terkejut biawak dan mengulangi soalan untuk kepastian, "I repeat your order Sir, 1 Heineken Beer" Dia terus cakap dengan selamba, "Yes, please" Aku pun menelan air liur dan menyumpah dalam hati. "WTH is he trying to do here?"

Morale of the story:
-WTH, musang tetap musang walaupun ditutup dengan bulu ayam palsu!!!.