My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Showing posts with label Kopitiam Talks. Show all posts
Showing posts with label Kopitiam Talks. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

Surat Terbuka dari Baby






Hai orang yang dah besar!!

Saya baby.
Saya perlu diperhatikan.
Saya perlukan belaian.
Saya perlukan kasih sayang.
Sebab saya baby lagi.
Saya comel dan nakal sikit.
Tapi sebenarnya saya hanya nakkan perhatian.
Saya suka merengek sebab saya tak tau cakap bila;
lapar atau kembung perut atau panas
atau ternampak jin dan setan

Oleh itu janganlah dera saya
janganlah pukul saya
janganlah buang saya
sebab saya masih baby
saya tak tau jaga diri sendiri
berilah peluang saya hidup
sebab saya pun teringin nak jadi orang dewasa suatu hari nanti
dan saya janji saya tak akan buang bayi saya nanti, bila saya dah dewasa

Ikhlas dari,
Baby

Wednesday, February 17, 2010

Melayu Pulau Pinang dipinggirkan-Benarkah?



Lama dah tak post pasai sembang kedai kopi.
Teringat lagu cerita kedai kopi
Best gak lagu tu...
Sekarang ni banyak cerita pasal peniaga Melayu Pulau Pinang dipinggirkan oleh Kerajaan Negeri.
Sejauh mana kebenaran cerita ini?
Berat lah sangat tuduhan ini.
Aku kena pi buat field reporting la lepas ni.
Nak pi interview peniaga kecil dan sederhana di Pulau Pinang.
Tapi sebelum aku merapu lebih banyak, ada beberapa pemerhatian yang dapat diceritakan di sini.
Sebelum tu ingin ditegaskan di sini, aku bukan ahli politik.
Aku hanya pemerhati dari jauh.
Sudut cerita aku hanya berkisar ke nasib peniaga-peniaga kecil dan sederhana Melayu Pulau Pinang.
Mereka ni sebenarnya disekat sumber pendapatan jika tidak dibenarkan beroperasi di tapak pilihan mereka.
Kerajaan Negeri (MPPP) pulak ada kepentingan tersendiri untuk tidak membenarkan.
Maka terjadilah perbalahan kerana kepentingan yang saling bercanggah.
Pointnya di sini kalau lah aku peniaga, aku memilih untuk bayar saman daripada pindah ke tempat yang tak strategik.
Contohnya, peniaga kat Villa Emas, Sg Nibong, terang-terang dia cakap kat tv income dia boleh cecah RM200,000.00 sebulan. (Aku rasa lebih dari tu  sebab dia tak layan kalau hampa order mee goreng jer, ikan bakar baru servis cepat)
Bayangkanlah, gimana sih, mau disuruh pindah???
Inilah dia Jutawan Senyap seperti yang ditulis oleh Chef Dr. Rusli.
Taukey dia cakap, perniagaannya menyumbang kepada sektor perlancongan di Pulau Pinang.
Siapa berani menyangkal?
Ada kebenarannya sebab dah banyak bloggers post tentang kedai dia ke serata dunia.
Dan kedai dia memang famous dah.
Aku tak nak post sebab sakit hati tunggu mee goreng 1 jam masih terkesan di hati. (I am not an angel)
Pada pendapat aku kerajaan negeri mestilah terus jadi telus dalam menangani isu berat ini.
Pihak yang kalah politik di Pulau Pinang tidak harus menangguk di air keruh.
Aku rasa kalau depa kerja kuat dan fokus kepada kelemahan sistem pentadbiran kerajaan negeri, mungkin Pulau Pinang dapat di tawan semula.
Berpijak di bumi yang nyata, memang strategi politik ialah tonjolkan seberapa banyak kelemahan lawan kan??
Orang cakap kalau tak nak kena tanya banyak kat akhirat, jangan masuk politik.
Tapi jika kerajaan Negeri mampu meyakinkan pengundi, merekalah yang berhak memerintah.
Jika orang Pulau Pinang puashati dengan Kerajaan Negeri sekarang depa akan tetap undi.
So, tunggu apa lagi..kerjalah..jangan retorik jer lebih.(pembangkang-BN dan Kerajaan-PR)
Belalah nasib peniaga kecil dan sederhana Melayu Pulau Pinang.
Pengundi nak tengok action bukan cakap-cakap retorik.
Sekarang masa kerja, bukan kempen pilihanraya.

Wednesday, February 3, 2010

Rasuah tak habis-habis...

Aku dah lama tak post tentang isu semasa.


Topik kali ni ialah rasuah.

Ingatkah lagi tentang Mat Bendul dengan P****

Orang kampong aku cakap itu rasuah “babi sakit”

Kira ikan bilis punya rasuahla...

Sekarang ni kita tengok gejala rasuah berleluasa di mana sahaja

Jika dulu-dulu kita dengar orang rasuah wang jer tapi sekarang ni dah ada habuan seks lagi.

Inilah namanya evolusi rasuah.

Persolannya di sini kenapa rasuah begitu berleluasa?

Ikut kepala aku, aku suka kaji di sudut yang berbeza, bukan mainstream.

Selalunya kita akan menyalahkan sistem kawalan dan perundangan.

Kenapa kita tidak buat root cause analysis?

Why-why analysis dan lain-lain approach yang lebih bersistematik?

Wilfredo Pareto telah mencipta Pareto Diagram untuk mengkaji tentang ekonomi tetapi digunapakai dengan meluas di sektor pembuatan sebagai Quality Control Tools yang tersohor.

Jika alat analisa yang dicipta oleh pakar ekonomi boleh digunakan di operasi pembuatan, mengapa tidak digunakan untuk mengurangi gejala rasuah.

Contohnya dengan menggunakan Pareto Diagram pihak berwajib boleh mengenalpasti kelompok jabatan yang menjadi penyumbang kepada rasuah.

Bila kita dah tahu tentang top 3 atau top 5, bolehlah fokus kajian kenapa mereka ini mengambil rasuah.

Mungkinkah gaji tidak cukup?

Mungkinkah gelojoh dan tamak haloba?

Mungkinkah dipaksa dan terpaksa?

Mungkinkah kalau dia tak ambil rasuah, dia diugut bunuh?

Dan bermacam-macam kemungkinan lagi.

Macammana pulak dengan rasuah di kalangan pegawai tinggi kerajaan, ahli politik dan pegawai swasta.

Dah banyak kes kita dengar tentang jejantas retak, stadium roboh, bangunan tidak ikut spec. dan banyak lagi kes-kes besar yang melibatkan kelulusan.

Bagaimana mungkin sesuatu projek yang sakit boleh diluluskan jika tiada rasuah?

Tentu mereka ini memakan ikan yang lebih besar!!

Everyone has his own price!

Jika kita dah terbiasa makan rasuah mesti mau hari-hari punya.

Lepas dah kenalpasti punca sebenar (root cause) rasuah, barulah boleh ambil tindakan yang wajar.

Kita nakkan kes-kes ikan besar ditumpaskan oleh pihak berwajib.

Bila kes-kes besar ditumpaskan barulah pemakan rasuah babi sakit akan bukak mata.

Bila orang-orang besar tertangkap, barulah orang-orang kecil jadi takut.

Ini akan jadi impak yang hebat dalam menangani gejala rasuah.

Orang awam pun mestilah bekerjasama dan melaporkan perasuah ke pihak berkuasa.

Jangan pula kita yang jadi pemberi rasuah.

Sama jer hukumnya, niat tidak menghalalkan cara, haram tetap haram.

Pihak berkuasa pun mestilah melindungi pelapor dan pemberi maklumat.

Jika kita terima rasuah sebagai budaya hidup, kita akan jadi seperti India dan Filipina di mana jarak antara orang kaya dan miskin terlalu jauh.

Yang kaya, kaya raya sampai tinggal di istana, yang miskin hidup merempat tingal di dalam kotak bawah jambatan.

Jika kita tak memerangi rasuah, sebenarnya kita sedang menuju ke arah itu.

Meh, kita sama-sama ambil peranan.

Monday, January 18, 2010

Mengurangi Risiko Sukan Air (Satu cadangan untuk difikirkan).


Aku terbaca kisah kemalangan perahu naga di Pulau Pinang semalam.

Aku turut bersedih di atas kejadian yang menimpa pelajar dan guru mereka.

Kemalangan telahpun pun berlaku dan kesedihan ahli keluarga terlibat tidak dapat dikurangi.

Menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah.

Kemalangan terjadi menimbulkan keinsafan tentang pentingnya persediaan dan latihan menghadapi kemalangan.

Di dalam engineering ia dipanggil FMEA (failure mode early analysis)

Proses yang membuat jangkaan berlakunya kegagalan dan tindakan mencegah kesilapan.

Dalam perkataan mudah, early detection of possible problem and action to prevent it.

Di dalam industri pembuatan, risiko kegagalan akan meningkatkan kos operasi dan mengurangkan margin keuntungan.

Ia adalah risiko kepada perniagaan.

Oleh kerana ia melibatkan survival sesuatu perniagaan, jadi FMEA begitu dititikberatkan di dalam operasi pembuatan.

Di dalam aspek keselamatan sukan dan rekreasi air khasnya kita patut mengaplikasikan FMEA.

Sukan air khasnya adalah sukan berisiko tinggi kerana sifat air itu sendiri adalah alam semulajadi yang kekuasaan dan impaknya tidak dapat dijangkakan dan tidak dapat dikawal.

Kejadian Tsunami, telah membuktikan bahawa kekuatan air sebagai pemusnah itu tidak dapat dijangka dan dikawal.

Aku sendiri walaupun pandai berenang, pernah lemas sebanyak 2 kali di laut kerana keadaan air yang nampak tenang tetapi arus di bawah begitu kuat.

Sebanyak mana staminapun, kita akan kejang selepas dikalahkan oleh arus bawah yang deras.

Syukurlah umur aku masih panjang kerana diselamatkan rakan dikejadian pertama dan dikejadian kedua terjumpa cebisan fibreglass hanyut dan menjadikannya pelampung.

Dengan mengadakan FMEA dan mengambil worst case scenario sebagai benchmark, kita mungkin dapat meminimakan kecederaan dan kehilangan nyawa.

Pihak yang menganjurkan sukan berisiko tinggi wajarlah menggunapakai FMEA sebagai standard operasi mereka.

Friday, January 15, 2010

Cepat Kaya

Bercakap pasal kaya, semua orang mau kaya.
Aku rasa orang gila pun kalau dia tersedar seketika dari gila, dan ditanya adakah dia mahu jadi kaya, dia akan jawab ya.
Aku pun mau kaya.
You all tak mau ke?
Masalahnya sekarang ini, orang-orang kita terlalu taksub untuk jadi kaya dengan cepat.
Tadi aku terdengar di radio Era, ada satu kakak tu cerita tentang suami dia dah labur wang berpuluh ribu dalam satu pelaburan yang tiada black and white.
Apa kejadahnya ni?
Kakak tu beri nasihat sampai berbuih mulut tapi suami dia tak nak dengar.
Apalah punya bengong si suami dia.
Dah berbulan labur duit, tak ada hasil, tapi masih degil tak nak dengar cakap bini.
Kalau aku jadi kakak tu, aku mogok jer kementerian pertahanan dalam negeri.
Aku heran betulla dengan orang kita.
Bila hujung tahun kena berpisah dengan duit seribu dua untuk bayar zakat pendapatan, dia berkira, sayang duit.
Selain wajib bayar, duit tu dah pasti ke saluran yang betul, ke pihak yang berhak.
Lagipun zakat kan menyuburkan harta.
Bila diayat oleh orang-orang haprak diorang terpengaruh dan sanggup keluarkan duit puluhan ribu.
Kerana apa?
Kerana tamak haloba dan suka short cut untuk jadi kaya.
Aku takut bila kena kencing nanti jadi gila pulak.
Bawa basikal ke stesen minyak cakap nak isi penuh tangki.
Panjat pokok nangka kira daun nangka macam kira duit.
Siapa yang susah?
Macam skim Pak Man Telo, PLSB dan lain-lain skim yang menggunakan internet.
Siapa yang kaya?
Pengasas dan orang-orang lapisan atas.
Siapa yang bodoh?
Ha...lu pikirlah sendiri.
Dulu aku pernah jadi ejen insuran konvensyenal.
Ada hamba Allah tanya aku tentang status halalnya.
Aku check dengan manager aku (Melayu) dia tak berani cakap sebab dia dok menteke sebulan RM8000.
Masa tu aku top agent part time kat branch tu.
Aku dapat RM2000 sebulan on part time basis dan semakin hari semakin bertambah.
Aku buat research dan tanya ustaz dan dapati hukumnya haram kerana ada unsur riba di dalamnya.
(Berlambak Skim Takaful pegilah ambik!!)
Jadi aku pun berenti.
Aku cukup puashati dengan keputusan aku.
Kenapa Insuran Konvensyenal jadi haram?
Kerana menjalankan sistem riba dan melabur ke bisnes non-halal.
Jadi berbalik kepada skim pelaburan dan sebagainya aku ada tips cara-cara nak elakkan geng haprak dan kucing kurap yang bertopengkan direct selling, bisnes online, tak perlu menaja, tak perlu jual dan macam-macam lagi helah bermadah.
Caranya ialah minta black and white yang menyatakan skim dia halal di sisi syarak.
Minta senarai nama panel halal skim tersebut yang terdiri dari mufti, sarjana Islam, ustaz-ustaz dan cerdik-pandai agama Islam.
Kalau dia tak boleh tunjuk (sure takleh punya) terus reject, cakap kat dia, saya tak boleh melabur wang ke dalam pelaburan konvensyenal sebab ada riba.
Dan duit saya akan dilaburkan ke mana pun saya tak tau macam mana saya nak makan hasilnya.
Adakah dilaburkan ke kasino, perusahaan makanan haram, kilang arak dan lain-lain?
InsyaAllah kalau guna tips ini anda akan selamat.
Lagipun lebih baik kita miskin dari kaya hasil dari menipu duit orang.

Sunday, January 10, 2010

Islam tidak menyokong keganasan

Aku bukan arif tentang ilmu agama tapi aku tahu Islam tidak menyokong keganasan.
Sejarah Islam dan Sirah Rasulullah menunjukjukkan bahawa Islam tidak memilih keganasan sebagai jalan penyelesaian kepada semua konflik.
Oleh itu aku ingin menyeru seluruh umat Islam khasnya dan semua rakyat Malaysia amnya untuk bertenang dan membiarkan pihak berwajib menangani konflik ekoran penggunaan nama Allah oleh sebuah penerbitan gereja.
Sebarang keganasan akan mengeruhkan lagi suasana dan tidak akan dapat membantu menyelesaikan masalah.

Tuesday, January 5, 2010

1 Malaysia - Chinese Speaking Preferred!

Aku teringin nak katakan sesuatu mengenai 1 Malaysia.
Aku ada perasaan bercampur-aduk tentang ini.
Bolehkah terus terjun ke dalam kesimpulan bahawa aku mengamalkan sikap perkauman?
Aku hanya belajar dari pengalaman hidup dan pengalaman orang lain yang diceritakan kepada aku.

1 Malaysia dianjurkan oleh kerajaan sebenarnya adalah usaha yang baik untuk menjamin kestabilan politik.
Ini tidak akan disangkal lagi.
Aku sama sekali tidak bersetuju dengan sikap perkauman.

Tetapi sudut pandangan orang yang terlibat secara langsung di dalam insiden-insiden yang melibatkan toleransi kaum harus diambil kira.
Pengalaman-pengalaman inilah yang membuatkan aku dan sesetengah orang lain ada "mixed feeling".

Insiden yang aku nak kongsi di sini ialah tentang pengambilan pekerja baru di sektor swasta.
Iklan-iklan di media dengan beraninya mengiklan," Chinese speaking preferred".
Ok.. bayangkanlah jika aku boleh bercakap Mandarin, adakah aku akan dipanggil temuduga?
Aku rasa tidak, kerana dari perkataan itu memang terbayang maksud tersirat.
Berdasarkan pengalaman kerja dengan syarikat "staffing services" selama 2 tahun, memang maksud sebenarnya adalah itu.

Jika syarikat kecil tidak ada "corporate governance" aku tidak kisah sangat.
Ini semua Multinasional dan gergasi dalam industri yang mengaku sebagai "equal opportunity employer"
Kadang-kadang aku jadi pelik.
Adakah semua pembuat dasar di syarikat berkenaan menentang toleransi kaum?
Siapakah mereka ini?
Adakah orang-orang kepercayaan  lembaga pengarah terdiri daripada orang yang "racist"?

Jika usaha murni kerajaan ini tidak digunapakai oleh pihak swasta, aku hampir pasti usaha ini tidak akan berjaya.
Jadi, pihak yang berwajib dan kementerian berkenaan mestilah memantau iklan-iklan "racist" di media Malaysia termasuk laman web untuk mencari kerja.