Aku teringin nak katakan sesuatu mengenai 1 Malaysia.
Aku ada perasaan bercampur-aduk tentang ini.
Bolehkah terus terjun ke dalam kesimpulan bahawa aku mengamalkan sikap perkauman?
Aku hanya belajar dari pengalaman hidup dan pengalaman orang lain yang diceritakan kepada aku.
1 Malaysia dianjurkan oleh kerajaan sebenarnya adalah usaha yang baik untuk menjamin kestabilan politik.
Ini tidak akan disangkal lagi.
Aku sama sekali tidak bersetuju dengan sikap perkauman.
Tetapi sudut pandangan orang yang terlibat secara langsung di dalam insiden-insiden yang melibatkan toleransi kaum harus diambil kira.
Pengalaman-pengalaman inilah yang membuatkan aku dan sesetengah orang lain ada "mixed feeling".
Insiden yang aku nak kongsi di sini ialah tentang pengambilan pekerja baru di sektor swasta.
Iklan-iklan di media dengan beraninya mengiklan," Chinese speaking preferred".
Ok.. bayangkanlah jika aku boleh bercakap Mandarin, adakah aku akan dipanggil temuduga?
Aku rasa tidak, kerana dari perkataan itu memang terbayang maksud tersirat.
Berdasarkan pengalaman kerja dengan syarikat "staffing services" selama 2 tahun, memang maksud sebenarnya adalah itu.
Jika syarikat kecil tidak ada "corporate governance" aku tidak kisah sangat.
Ini semua Multinasional dan gergasi dalam industri yang mengaku sebagai "equal opportunity employer"
Kadang-kadang aku jadi pelik.
Adakah semua pembuat dasar di syarikat berkenaan menentang toleransi kaum?
Siapakah mereka ini?
Adakah orang-orang kepercayaan lembaga pengarah terdiri daripada orang yang "racist"?
Jika usaha murni kerajaan ini tidak digunapakai oleh pihak swasta, aku hampir pasti usaha ini tidak akan berjaya.
Jadi, pihak yang berwajib dan kementerian berkenaan mestilah memantau iklan-iklan "racist" di media Malaysia termasuk laman web untuk mencari kerja.
"Puisi Merdeka" *
-
*“Puisi Merdeka”*
Karya: Ibnu Din Assingkiri
I.
Kipas syiling jenama Pensonic berputar laju. Tolok kawalan diset pada angka
lima, namun hanya angin panas b...
10 years ago
Benar benar...kalo trus cmni hbs la kita...yg tu iklan yg mmg sah2 nmpk..cena kalo menda kita x nmpk...smpi bila menda ni akan berakhir...di mana 1 malaysia yg disarankan oleh kerajaan tu????
ReplyDeleteSaya bukan menentang usaha kerajaan, hanya nak 1 Malaysia berjaya, bukan sekadar retorik..
ReplyDeletekalu nak 1 malaysia...mesti hapuskan sekolah jenis kebangsaan..contoh terbaik ialah INDONESIA..suma rakyat dia guna nama indo..xkira bangsa pn.
ReplyDeleteYa itulah cara terbaek dari ladang...
ReplyDeleteWalaupun byk kesan x baek...
Tapi itulah cara paling berkesan saya rasa
untuk jadi betul2 1Malaysia..Hebat idea anda!!