Kisah ini bermula pada penghujung tahun 1985.
Masa tu aku dalam tingkatan 3A1 SM Merbok, Kedah.
Kami baru habis Peperiksaan SRP.
Kami hanya menghabiskan masa dengan melepak dan aktiviti non-belajar .
Antara aktiviti yang kami buat ialah Talentime.
Aku suka menyanyi, sampai sekarang pun aku suka menyanyi. (Dalam bilik mandi je)
Dulu masa mengaji KAFA aku masuk nasyid sampai peringkat sekolah rendah seluruh negeri Kedah.
Aku juga pernah masuk pertandingan menghafaz Quran. (ha ha ha-ramai tak caya ni!)
Cikgu English kami Cikgu Zainol, dia cakap tone aku bagus tapi kena belajar nyanyi dengan minus one sebab tak ada band.
Masa tu aku gilakan WHAM, Air Supply, Kazar (hero Ceplos) dan Sudirman.
Nasib baik Cikgu Zainol ada koleksi minus one lagu WHAM, Kazar dan Air Supply.
Lagu Sudirman tak ada minus one.
Aku cari sampai kedai kaset kat Sungai Petani pun tak ada juga.
Frust aku, tak bolehla nak nyanyi lagu terasing.
Aku pun training dengan tekun sekali di bawah bimbingan cikgu Zainol.
Kalau aku belajar tekun macam tu kan dah jadi doktor atau lawyer.
Cikgu Zainol pun minat Wham, Kazar dan Air Supply.
Dia pun ajar aku dengan penuh dedikasi.
Dia suruh hafal lirik dan fahamkan makna barulah dapat feel.
Masa tu, aku tak berapa faham maksud dia.
Sekarang ni bila tengok AF kat Astro, barulah aku faham.
Kira Cikgu Zainol ni terer gak ar bab-bab vocal training ni.
Bila masa pertandingan tiba, aku pun nyanyi lagu Air Supply, All out of love, di 1st stage.
Aku gelabah tahap gaban lah jugak tapi aku tetap nyanyi.
Aku nyayi dengan penuh penghayatan sebab aku faham makna puisi dalam lagu tersebut.
Masa tu orang kat situ tak berapa minat lagu mat saleh.
So tak dak la sorakan yang dahsat.
Tapi mamat yang nyanyi lagu Hindustan dapat sorakan yang sungguh hebat. (fahamka?)
Masuk 2nd stage aku nyanyi lagu Kazar bertajuk Ani dengan penuh perasaan.
Ada la tekucil, picing lari sana-sini tapi disebabkan lagu melayu agaknya diaorang faham so dia orang pun sorak sakan lah.
Aku pun naik semangat , bangga dan dongga.
Pada Final Stage aku dah tak ada lagu melayu nak nyanyi sebab minus one lagu yang aku nak tak ada di pasaran masa tu.
Aku pun ambil keputusan untuk nyanyi lagu WHAM, Careless Whisper.
Ini adalah risiko yang besar kerana walaupun masa tu takde undi SMS, juri kureng minat lagu omputeh.
Kalau ada undi SMS, terang-terang aku terkeluar pada 1st stage lagi.
Bila tiba turn aku nyanyi, apa lagi aku pun lepaskanlah semua sekali.
Dengan penuh penghayatan lagu tersebut berjaya disampaikan dengan baik sekali.
Aku pun tak sangka George M boleh jadi Gay, sedangkan semua awek syok kat dia masa tu.
Dia ni mangkuk la, tak tau nak maksimakan asset.
Tapi nak buat cane inikan soal hati dan perasaan.
Aku pun lembut juga, tapi sungguhpun aku lembut tapi aku suka perempuan!!!
So, pertandingan pun tamat.
Aku dapat nombor 4, takde hadiah. (Bajet ciput)
No 1 dapat kat budak pompuan tu, memang best ar dia nyanyi lagu Rohana Jalil kalau tak salah aku.
No 2 dapat kat budak lelaki dia nyanyi lagu melayu gak.
No 3 dapat kat budak yang nyanyi lagu Hindustan tu, punyala banyak lagu Hindustan dia hafal.
Walaupun aku dapat no 4, aku tetap popular sebab nyayi lagu omputeh.
Masa tu, kat situ tak ada sorang pun bawak lagu English.
Agaknya sebab minat menyanyi lagu Englishlah aku dapat A selalu dalam English.
SPM aku dapat A1 hahaha. (Subjek lain jangan tanya arr malu nak cakap)
Tapi bila aku sekolah kat Penang dalam tahun 1987 aku dah mula minat rock dan selalu jamming ngan budak-budak rocker kat Penang.
Kami bercita-cita nak tubuhkan band rock dan buat album, bla bla bla.
Akhirnya tak jadi sebab takde bajet .
Masa aku kerja kat hotel aku mula berjinak-jinak dengan club music industry.
Aku selalu pergi nyayi kat club di Georgetown suka-suka.
Duit dapat sikit jer tapi sebab memang suka nyayi aku buat part-time kat situ.
Nyanyi kat club lagi susah sebab banyak permintaan lagu yang aku tak hafal.
Kalau mat saleh tua-tua datang club aku lagi pening sebab diorang asyik minta lagu oldies.
Tapi aku hafal banyak juga lagu oldies disebabkan permintaan pasaran.
Yang bestnya aku selalu dapat tips.
Lepas aku berhenti kerja hotel akupun stop terus kerja sebagai jantan cabaret.
Sekarang ni selain kat bilik mandi aku masih nyanyi lagi (karaoke) ngan kengkawan yang suka layan retro songs.
"Puisi Merdeka" *
-
*“Puisi Merdeka”*
Karya: Ibnu Din Assingkiri
I.
Kipas syiling jenama Pensonic berputar laju. Tolok kawalan diset pada angka
lima, namun hanya angin panas b...
10 years ago
My fav song gk lagu air supply,all out of love tuh..interesting life experience...i bet ur voice msti sdap xley blah neh...rekod r stu lagu cek nk dgq...
ReplyDeletehaha tu masa skolah nya fav song
ReplyDeletepastu lagu hold me now, johnny logan
tapi yang evergreen lagu sudirman lah
i like dat song from johnny logan too..how coincidence...
ReplyDeletePernah satu ketika dulu ada awek mat saleh nangis masa dgr lagu tu..uishh power banget lagunya..
ReplyDeleteawek mat saleh tu jatuh cinta dgn u kot! hehehee..
ReplyDeletemana ada dia tringat balak dia la..
ReplyDeletecabut lari dgn awek lain..
xdak catatan pengalaman cinta masa muda-mudi dulu ka?? tgh berminat nak baca ni...
ReplyDeleteyang tu.. kna tungguuu..
ReplyDeletebyk royalti kena byr ni..
hahaha