My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Saturday, January 16, 2010

Old Habit Die Hard (Bad Habit Die Harder)

Ini kisah benar tentang seorang kawan yang pandai putar alam. Dia ni classmate aku masa kat SMT Batu Lanchang, Penang, 1986-1987. Dia juga orang kampong aku di Kedah. Saudara mara aku la jugak, bau-bau bacang. Bakar (nama sebenar dirahsiakan) memang kaki putar alam. Dia punya prinsip simple jer. Kalau terkantoi jangan ngaku dengan segera. Putar-putar dulu selagi boleh. Kalau dah tak boleh, last sekali baru mengaku. Cikgu panggil dia, Putar Alam Syah.


Masa di sekolah dia memang malas belajar akedemik. Tapi bab-bab kerja dalam bengkel dia memang minat. Banyak gak projek haram yang dia buat untuk dapatkan side income. Antara projeknya yang laris ialah, belt’s buckle (kepala talipinggang) Hasil kerja dia memang A1, selalu dapat tempahan. Dia pun selalu dapat pujian dari Cikgu bila buat kerja bengkel.


Kami belajar automotif asas, selain pomen kereta kami kena buat fitting, electrical, machining dan welding. Sebelah pagi kami belajar akedemik dan lepas rehat kami buat kerja bengkel. Sekolah ni memang memenatkan.
Kadang-kadang kami terlena dalam bengkel sebab terlalu penat.


Suatu hari lepas rehat cikgu semua kena mesyuarat. Kami pun apa lagi, raya sakanlah. Masing-masing ada projek yang belum siap tapi semua dok rilek jer. Ada yang tidur sampai ke Planet Pluto. Bakar pun tidur jugak sampai berdengkur. Ada peta dunia atas meja hasil air liur basi Bakar. Oleh kerana bengkel kami agak jauh ke belakang, bila cikgu datang kami boleh nampak. So, semua pun bangun cepat-cepat dan sambung kerja masing-masing. Tapi si Bakar tidur mati macam beruang grizzly berhibernasi.


Bila cikgu dah dekat baru dia sedar lalu dia pun cepat-cepat celup tangannya ke dalam bekas minyak hitam untuk cover line. Macam biasa Cikgu akan sergah muka wanted dululah. “Bakar kamu tidur ke?” Cikgu menerjah Bakar.


“Mana ada, saya tengah buat kerja ni cikgu”. Jawab Bakar. “Awat mata kamu merah menyala, ni mesti baru bangun tidur ni”. Tempelak Cikgu. Dengan confidentnya Bakar jawab.”Saya buat welding lah cikgu, mata saya tak tahan” “Fuhhh!! Terlepas aku kali ni” Hati kecil Bakar berbisik.

“Mai saya nak tengok tangan kamu, apasal dok sorok kat belakang?”. Cikgu memberi arahan. Bakar pun menunjukkan tangannya yang baru dicelup ke dalam minyak hitam. Tap..tap..tap...minyak hitam meleleh dari tangannya. “Hang toksah dok putaq cikgu lah Bakaq oii..,minyak dok menitik ni apa? Hang baru celup kan?” Bentak cikgu. “Ya..ya..saya baru celup..”Bakar jawab sambil tersengih. “Pusing belakang Bakar”. Cikgu beri arahan. Kedengaran dua kali rotan berbunyi. Pasti biratnya akan jadi empat. Adehhhh...


Sekarang Bakar dah jadi toolmaker yang berkaliber. Seperti yang diketahui umum, kerjanya memang A1. Tapi perangainya tetap maintain, putar alam. Masa bujang dia pakai CB600 superbike. (Maklumlah gaji tebal) Satu hari tu, dia terlupa bawak baju hujan. Basah lencunlah dia. So, dia pun balik rumah sewa untuk tukar baju. Bila sampai kat rumah sewa, sekali dia tukar fikiran daa..Dia malas nak pergi kerja.

Keesokan harinya bos Bakar, orang India dari Negara India, pun tanya si Bakar.” Why yesterday you no come?” (Indian English) Bakar pun jawab.”Yesterday I tooth ache” (Broken English) "Why ya you always toothache?, That day also you said toothache, today also toothache. You lied to me hah?” Bos Bakar menyergahnya.


Bakar pun terus jawab.”I have so many teeth what, 32 pieces, that day this one, today this one, maybe tomorrow this one”. Sambil menunjukkan gigi-giginya kepada bosnya. “Aiyo-yo kadawalle!!” Bos Bakar menepuk dahinya sendiri.


Morale of the story:


1. Old habits die hard.
2. Bad habits die harder.
3. If you want to bluff your boss make sure you study your fact and figures. With good report writing skill, you might get away with it. (ha ha ha!..just jokinglah)

4 comments:

  1. Nanged You Today My Friend
    Nang Me Back Also
    http://pretselmaker.blogspot.com/2009/11/nang-me-i-nang-you.html

    ReplyDelete
  2. haha.. BOS sure Indian lar... haha..

    ReplyDelete
  3. woaini_87,
    Why la Boss sure indian lar?
    No understand?
    For my friend no matter what race his boss is. he is sure "putar" one..
    Woaini_87..FOLLOW LA THIS BLOG.
    Promise you'll keep on smiling when u read it!!
    thanks.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.