My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Thursday, January 7, 2010

Maki dan carut yang dirindukan

Ini adalah kisah benar yang dialami oleh penulis. Kejadian berlaku pada tahun 1993, di Minneapolis, Minnesota, USA.Berlaku di sebuah kilang pembuat hard disk drive.Pekerja di sini terdiri daripada orang Vietnam, Myanmar , Asia Barat dan local mat salehs. 70% ialah orang Vietnam. Macam kat Hanoi dah rasanya kat sini.

Aku ke sini kerana belajar proses baru dan nanti aku kena ajar pekerja kat Penang Plant. Pada hari pertama aku di sana ada trainer aku orang Myanmar ajak aku keluar break dengannya. Oleh kerana break time pendek (tea break), dia ajak aku ke vending machine sahaja.

Dia cakap kalau makan di kantin tak sempat. Aku pun ikut sajalah. Aku memang bengong sebab itulah pertama kali aku beli makanan dari vending machine. Zaman tu belum ada lagi vending machine makanan kat sini (Pulau Pinang). Yang ada vending machine soft drink saja.

Tapi tak apa sebab mamat tu kan ada,dia boleh tolong tunjukkan cara. Tetiba saja dia cakap dia nak ke toilet. Dia suruh aku ambilkan makanan dulu, nanti dia akan ambil kemudian. Aku pun mula seriyau tapi memberanikan diri jugak.

Aku masukkan duit syiling dan pilih tuna sandwich. Lepastu aku pun tekanlah butang untuk keluarkan sandwich. Tapi sandwich aku tak mahu keluar. Aku pun naik panik jugak sebab barisan semakin panjang.
Dia orang dok gelakkan aku tapi aku tak faham bahasa Vietnam. Aku nak tanya aku segan. Lagipun Vietnam cakap omputeh bukannya boleh faham pun.

Sengal, sengal.

Aku tekan sampai merah ibu jari tapi sandwich tetap tak mau keluar. Bengang dengan keadaan, aku pun mula memaki hamun vending machine. ‘Celaka punya mesin, duit aku hang telan, sandwich tak keluaq’. Haaa tu dia dah keluar ayat sempoi.

‘WTF!@#$$%%^^&**WTF!@#$%^^&*WTF’.

Punya la banyak aku carutkan sampai aku pun tak ingat. Bila aku angkat kaki nak belah dari situ tetiba saja awek Vietnam kat belakang aku terus sound. Lebih kurang camni, ‘Adik boh duit Malaysia, cena sandwich tu nak kluaq’. Pelat Utara dia pekat sekali. Macam orang Seberang Perai bunyinya.

Hahah aku kaget. Awat pulak Vietnam ni boleh cakap melayu loghat penang kaw pulak tu. Dia tanya lagi,’Adik ni mai dari Penang ka?’ Aku jawab, ‘Ya, kakak ni orang mana?’ Dia pun jawab sambil tersengeh,’Kak orang Penang gak, Tasik Gelugoq. Kak dok sini, kawin orang sini, husband kak kerja sini jugak.

Aku pun tergelak sama sambil memohon maaf. ‘Sori ah kak, tadi tu saya terlebih cakap ar, emosyenal’
‘Takpa adik, kak rasa seronok dengar adik berleter cakap Penang. Dah lama kak tak dengaq orang maki lagu tu. Adik ni memang terer maki la. Sekali bahasa cina, tamil, omputeh semua ada’. ‘Hahahaha.. dia tergelak. Aku pun ikut gelak.


Morale of the story:
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tanah tempat di lahirkan.

8 comments:

  1. Yang p buh duit m'sia pasepa..smpi ke sdah x kuaq sandwich tu...hahahaha..len kali buh duit arab plak..mna tau kot bley kuaq sandwich extra...

    ReplyDelete
  2. hahaha tu lah dia. moral of the story...jgn asyik dok blame menda lain.. kesalahan sendiri x nmpk!!

    ReplyDelete
  3. hahah..!
    ada jumpa lg ka kakak tu?

    ReplyDelete
  4. x jumpa dah..nanti nk cari dlm fesbuk..kot2 jumpa!

    ReplyDelete
  5. tau ka nma kakak tu??

    ReplyDelete
  6. Tak ingat arr dah lama dah... sabariah ka kamariah ka..ishh tank ingat ar

    ReplyDelete
  7. brapa harga sandwich 2? kn prepare gak kot2..kn g sana.

    ReplyDelete
  8. wahh...dah lama tu..1993,
    la ni harga dh nek dh
    lgpun USD masa tu br RM 2.50
    kalau tak silap 1 meal sandwich + Air= USD 20.00

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.