Aku teringat kat Arwah bapa aku.
Dia seorang yang suka melawak dan sangat cool.
Aku suka cara dia menghadapi kehidupan.
Semuanya light and easy.
Dia baru sahaja meninggal pada 6/12/2009
Dia meninggalkan 8 anak, 30+ cucu dan 2 cicit.
Umurnya 79 tahun (kira bonus dah tu).
Bapa aku mempunyai frame body yang agak besar.
Kasut dia saiz 10.
Dia cakap moyang dia datang dari Belanda.
Betullah kot sebab abang aku semua big size macam dia.
Tapi aku pulak ikut sebelah mak aku yang kecil molek dan cun.
Kadang-kadang aku frust jugak tak jadi besar sebab aku tak boleh pinjam kasut abang-abang aku.
Bapa aku menulis tangan kanan tapi buat kerja guna tangan kiri.
Aku rasa dia mempunyai otak kiri dan otak kanan yang seimbang.
Bapa aku sekolah rendah sampai darjah 1.
Aku tanya bapa aku kenapa dia tak sambung belajar.
Dia cakap,’ Camana nak belajaq, sekolah kena bom dengan Jepun’.
Betul jugak sekolah dah kena bom camana nak study.
Lepas Jepun surrender, bapa aku sambung belajar di sekolah agama.
Orang zaman tu panggil lepasan sekolah agama sebagai ‘lebai’.
Bapa aku seorang yang suka buat lawak selamba.
Orang lain gelak sampai keras perut tapi dia maintain selamba.
Ada satu insiden aku terjatuh katil semasa tidur.
Katil antik dulu-dulu kan jenis tinggi.
Sakit jugalah punggung aku sampai lebam.
Bapa aku kerja nelayan pada masa tu.
Dia ke laut sebelah malam (Kira permanent night shift la).
Bila dia balik dari laut, akupun ceritalah tentang kejadian aku terjatuh dari katil.
Memang aku ni tukang cerita yang baik, siap dengan sound effect sekali.
Dengan selamba dia cakap, ‘Patut la tadi kat laut pak dengar bunyi “ke-de-bum” kuat sangat, ingatkan bunyi apa tadi. Rupa-rupanya chek jatuh katil noo..’
Perghh! Orang sakit dia buat lawak pulak.
Lagi satu insiden aku kena buli dengan gangster kampong.
Bila aku balik sekolah (rendah) diorang tunggu aku.
Diaorang cakap kalau nak lalu ikut jalan itu kena bayar kat diorang.
Kalau tak bayar akan kena tibai.
Aku pun naik ketaq la sebab 3 orang budak besar-besar nak tibai aku.
Aku pun cakaplah duit aku dah habis aku pakai, besok aku akan bayar.
Sesampainya aku di rumah aku pun ceritalah kepada bapa aku tentang kejadian tadi.
Bapak aku pun ajar cara-cara nak handle situation.
Dia tak bagi aku bayar walau sekupang pun.
Dia cakap kat aku kalau nak fight mesti satu lawan satu.
Kalau ada ramai nak pukul aku, dia suruh aku cabut lari.
Tapi untuk self defence dia suruh aku bawa lastik dan sediakan batu banyak-banyak.
Keesokan harinya bila bebudak tu datang kat aku aku pun tarik lastik dan aim ke kepala diaorang.
Apa lagi terus diorang cabut lari dan tak berani kacau aku lagi selepas itu.
Lesson Learnt
1. In difficult situation, use your brain not your feeling.
2. When you have ‘man’ problem, ask your dad, he will always have answers.
Allahyarham Hj Din bin Said
"Puisi Merdeka" *
-
*“Puisi Merdeka”*
Karya: Ibnu Din Assingkiri
I.
Kipas syiling jenama Pensonic berputar laju. Tolok kawalan diset pada angka
lima, namun hanya angin panas b...
10 years ago
Best gk ur dad neh...mmg cool xley blah..
ReplyDeletemmg arr...dia terbaek dari ladang,,
ReplyDeletebyk lagi crita psal dia dah boh tang sini
Share la lagi...br besh..
ReplyDeleteBoley-boley tp u all jadi lah follower,
ReplyDeleteajak la kawan smua, adik, kakak, abang,
ayah, mak smua skali jd follower blog ni
brla meriah. Thank you!
Raya Haji Thn 2009,1st jumpa "the coolest dad" mmg cool smp dia tersalah orang...siap tnya mana bini xdtg skali..
ReplyDeleteha ha ha.. yang tu sbb dia nak suruh u kawen cpt2...
ReplyDeletesempoi blog nie...
ReplyDeleteteman udah follow...
follow memollow le kite yea...
cara penyampaian blog, bersahaja..
thumbs up!!
Amboi cik kulop ludin.. sempoy punya nama..classic..I like.. Trima kasey kerana menyokong.. Saya akan pastikan posting-posting akan datang tambah menarik. Banyak lagi cerita ni..Maklomlah org lama ..Vintage..
ReplyDelete