Hari ni aku dan 17 orang lagi rakan sekerja pergi training domestic inquiry.
Kami training kat Sunway Hotel, Seberang Jaya.
Kepada majoriti peserta, ini adalah skil baru mereka.
Bagi aku pula ini merupakan refresher kerana aku dah 3 kali training benda yang sama.
Aku choose to attend sebab nak updatekan perubahan labour laws yang baru jika ada.
Oleh kerana domestic inquiry merupakan requirement dalam undang-undang buruh, so mesti kena belajar betul-betul, mana tau kan silap-silap langkah nanti kena saman pulak.
Selalunya kalau belajar bab undang-undang aku sure terlena dalam kelas.
Masa buat kat kolej pun sama gak..bab akta-akta ni aku pasti terlena.
Kali ni pun sama gak.
Aku hanya bertahan sampai sebelum lunch break.
Lepas makan lunch aku pon terlelap 10-12 kali.
Kami semua suka training sebab dapat makan free kat hotel dan terlepas dari kerja (hahaha)
Inilah yang semua orang rasa (tapi tak nak ngaku)
Trainer kami pandai jugak buat lawak...(tak sangka sebab training subject dia skema)
So tak lah boring sangat.
Hari ni aku dapat grap lebih kurang 70% lagi 30% aku terlena.
Esok ada satu hari lagi, case study dan mock DI.
Harap-harap esok aku tak lena sebab aku kena bawa watak pesalah yang menumbuk managernya. (awat depa pilih aku?)
Aku nak buat havoc sket sebab aku memang suka bab berlakon ni.
Korang mesti heran kan kenapa aku tak review makanan kat Sunway Hotel.
Memang aku nak review tapi aku selsema hari ni.
Semua yang aku makan rasa sama jer.
So aku tak boley nak review kerana deria rasa dan bau aku malfunction.
Harap-harap esok aku ok sebab aku dah pi klinik tadi.
Kalau dah baik selsema aku akan review makanan buffet kat coffee-house.
"Puisi Merdeka" *
-
*“Puisi Merdeka”*
Karya: Ibnu Din Assingkiri
I.
Kipas syiling jenama Pensonic berputar laju. Tolok kawalan diset pada angka
lima, namun hanya angin panas b...
10 years ago
training pon ada drama ka? hahaha..!!
ReplyDeleteadala baru paham betoi-betoi
ReplyDeletefor me..makanan kt sunway hotel tu biasa ja...
ReplyDeleteoh ho... nak 5 stars ke?
ReplyDeletetudiaa pakcik sanusi tumbuk boon hock sampai dia xmai arineh...isk3..
ReplyDeleteWei Epol hang jgn sebut namala nanti kna saman..
ReplyDeletehahaha