My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Saturday, March 6, 2010

Pakej Pertolongan Cemas

Dah lama tak post dalam bahasa melayu rojak.
Bukan terer sangat pon omputeh, saja jer nak improve penulisan bahasa Inggeris.
Tu dia, tajuk post aku kali ni ialah Pakej Pertolongan Cemas.
Ambik kau!!

Kisah benar ni, berlaku kepada anak sulung aku.
Kesian mamat tu.
Dia berumur 19 tahun tapi dah kerja (sebab sekolah tak nakkan dia, bukan dia tak nak sekolah).
Dia kerja di sebuah hotel yang agak banyak bintangnya di Pulau Pinang.

Pada malam Chinese New Year yang lepas, dia buat Overtime dan balik dalam pukul 4 pagi.
Dia pakai kapcai buruk aku la.
Yang baru bapak dia pakai. hahaha.
Agaknya dia terlelap sekejap, motor terbabas dan terlanggar divider jalan.
Dia pun tergolek dan pengsan sebab helmet terkeluar dan kepala terhantuk ke entah apa.

Ada orang tolong tarik dia ke tepi jalan, kalau tak mungkin lebih bahaya.
Orang tu tolong panggil kawan sekerja dengan menggunakan handphone anak aku yang tengah pengsan.
Setelah yang pengsan tersedar, didapati handphone (baru beli seminggu), wallet yang berisi kad pengenalan, kad atm dan duit telah dirembat oleh orang yang menolongnya tadi.

Haa..! tu dia, perompak tu tolong semua sekali.
Inilah yang dinamakan pakej pertolongan cemas.
Siap tolong rompak sekali barang-barang orang yang kemalangan.
Hmmm..macamana nak kategorikan perompak jenis ni hah?
Perompak baik kut.

Motor lingkup, kepala kena jahit 8 jarum dan kena rompak.
Kesian kat mamat tu.
Tapi Alhamdulillah dia selamat.
Anak aku lelaki sorang jer.
Macamana pun, dia tetap satu-satunya anak lelaki aku.

12 comments:

  1. perh..kuang ajor betul pnya tukang tolong...nanti kompem dapat balasan di akhirat..sangat kejam

    ReplyDelete
  2. ejum,

    ishh.. agaknya dia nak upah sbb bagi pertolongan cemas.
    suatu hari pasti dapat balasan,
    cuma lambat atau cepat jer.

    ReplyDelete
  3. wah pakcik ada anak laki ye (dgn gaya gediknya)....mcm mana dia skrg, okey?(tanya dgn penuh concern nya)..hahah :peace...org zmn skrg ni entah la..org lain pergi smayang jumaat, yang 'dia' ni pergi rompak kereta kat masjid.. xtaulah nak ckp apa..

    ReplyDelete
  4. rina,
    hahaha, apakhabaq menantu?
    (sambil wat angkat kening)
    dia dah ok lani, macho mcm bapak dia.
    (sambil ejas rambut tutup uban dan menahan nafas supaya perot jd kempis)
    ish3 org skrg mmg haprak,
    tabung masjid pon depa sanggup songlap!

    ReplyDelete
  5. pencuri ketegeri apa nih, pakcik?

    ReplyDelete
  6. kenwooi,
    what a nice combination,
    tolong and curi..hahaha

    ReplyDelete
  7. rainoserez,
    pencuri ni jenis yg baik sikit dari pencuri yg lain. tp ttp pencuri.

    ReplyDelete
  8. pencuri tu ada la jgk kemanusiaan sket2..mgkin dia rs nyawa xley diganti so dats y dia slamatkan..tp kalo duit ka,ic ka,kad atm ka,hp ka...smua tu bley diganti...

    ReplyDelete
  9. F,
    Susah ooo, xdak ic xley wat kad atm, gaji x ley amik.

    ReplyDelete
  10. pergh, macam ni ek skang.
    tolong ape camtu?
    atleast dia ade la gak keprimanusian, sempat gak tolong. :(

    ReplyDelete
  11. badak comey,
    klu nk maintain comey,
    bw moto berhati2 tau,
    anak pakcik, masuk kali ni dah brapa kali dah terguling...parut penuh dah, muka pon senget sket (tp hensem ar)hihihi

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.