Cili padi, orang utara panggil cabai melaka, pedas tapi sedap.
Aku suka cili padi.
Buat air asam, makan dengan daging rebus atau ikan bakar.
Makan dengan laksa, perghh..bestnya.
Potong nipis-nipis campur dengan kicap cair, makan dengan kway teow t'hng...pak mentua lalu pun tak nampak.
Abang aku lagi daring, dia makan cili padi mentah-mentah buat ulam.
Cili padi memang best, tapi kalau silap haribulan boleh ternganga kepedasan.
Masakan Thai paling banyak menggunakan cili padi.
Salah satu masakan Thai yang guna banyak cili pad ialah "Thai Green Curry"
Biasa makan ke?
Selalunya orang masak kari hijau Thai ni dengan ayam.
Dulu masa aku kerja kat hotel, ada jugak makanan ni.
Mat saleh memang terkenal dengan sikap ingin tahu yang kuat.
Orang cakap, "curiosity kills the cat".
Bila nak order makanan, depa akan tanya macam-macam.
Kami pun terangkanlah serba sedikit tentang makanan.
Satu hari tu, ada satu couple omputeh dari mana ntah, minta aku rekemen makanan.
Aku pun rekemenlah "Thai Green Curry" yang sedap tu.
Siap promo lagi, "it's my very own favorite dish"
Si isteri yang minta, si suami makan benda lain.
Bila makanan sampai, depa pun terus makan.
Tiba-tiba si isteri menjerit-jerit dengan kuat sambil menangis.
Aku pun pergi ke meja depa untuk check kenapa dia nangis.
Si suami cakap isterinya makan "green bean" yang sangat pedas.
"She ate spicy green beans, please help, please help". Si suami meminta tolong dalam keadaan panik.
Aku dapati dia makan cabai melaka mentah yang dibuat hiasan ("garnishing").
Aku pun terus mengambil "ice cube" dan suruh dia mamam.
Tapi lepas ais semua habis, dia masih kepedasan.
Aku pun teringat masa kecik-kecik dulu arwah mak aku selalu letak gula atas lidah aku jika aku tergigit cabai.
Aku terus suruh dia jelirkan lidah dan letak gula.
Lepas tu, dia beransur pulih dan berhenti menangis.
Suami dia siap ucap jutaan terima kasih kat aku kerana tolong isteri dia.
Nasib baik aku ada fast remedy untuk minah saleh tu.
Kalau tak, tak taulah sampai bila dia nak nangis.
Lepas tu aku cakap kat chef, jangan la letak cabai melaka buat garnishing.
Ramai omputeh yang tak tau beza antara cabai dengan french beans.
Lesson Learnt:
1.Curiosity kills the cat.
2.No rushing, jangan gelojoh, check dulu, confirm apa yang nak dimakan.
3.Jangan over confident, bahaya tau.
uish....
ReplyDeletecabai melaka mmg sgt pedas...
hehehe... kesiannye minah saleh tu ek...
x sgka plak ada org akan konfius cabai dengan french beans...
ReplyDeleteayu aisyah,
ReplyDeleteorg melaka dah immune dgn cabai melaka..
mnah saleh tu mesti insaf gila..
sian kat dia..
F,
ReplyDeleteCabai tu warna hijau sbb tu dia confuse,
bila dah kunyah dah terlambat..,
assumption is the mother of all screw up!
cabai melaka pedas ka?
ReplyDeleteorg mkn mentah buat ulam rilet jerr..
org melaka pon tak mkn gitu, ahaks! :p
rainoserez,
ReplyDeletewow cabai melaka buat ulam!!
mesti ada ilmu kebal ni..
takotttt!!
erk, makan cili macam gitu je?..
ReplyDeletehmm macam kakak ku yang begitu rilek dan suka berlagak konon2 hebat meratah cili...dan plg best bila dia masak..ktorg slalu ckp..
'along letak berapa tan cili'
peh cabei burung!!
ReplyDeleteleh berasap ateh bawah!
rina,
ReplyDeleteaiyoo banyaknya letak cili,
mesti garang ni along tu..
cengeinya
Kulop Ludin,
ReplyDeletecabai burung mmg tersangatlah sedap,
especially makan dgn laksa..
pergh... mmg berasap!