My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Wednesday, March 17, 2010

Boss yang Syok Sendiri



Haipp, tidur ekk!! Menyamar macam fokus konon.

Lamanya tak post.
Sebenarnya ada banyak bahan baru, tapi masa yang kureng.
Broadband pun sengal macam chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada.
Nak blogwalking pun susah, lepas kul 12.00 malam baru ok sikit.
Alamatnya, pagi-pagi aku tidur dalam meeting.

Tidur dalam meeting, bukan aku sorang, ramai yang tidur.
Ada senior manager orang jepun pun selalu tidur.
Aku tanya dia kenapa dia selalu tidur.
Dengan slamber dia jawab, "E-go wakaranai"
Sempoi gila jawapannya, "Saya tidak faham Bahasa Inggeris"
Nasib baik dia tak jawab, "Maggi saya sudah kembang"

Bukannya kami sengaja nak tidur tapi ada sebab yang tak dapat dielakkan.
Chairman syok sendiri.
Inilah masalahnya bila orang yang tak berilmu diberi kepimpinan.
Sepatutnya top management hanya fokus kepada isu-isu besar, membuat polisi, pelan jangka panjang dan perkara-perkara conceptual.
Dia ni gila babas, semua hal-hal remeh temeh semua nak bawa masuk meeting.
Akibatnya, meeting 1 jam dragged sampai 3 jam.

Boleh buat kerja lain yang lebih berfaedah dari membuang masa 3 jam.
Rugi betui la pagi-pagi buang masa, hilang momentum.
Sengal tul la, naik tension kami semua.
Dahlah cakap benda-benda tak berfaedah, (non-value added) lepas tu perasan, bajet best ar tu.
Lemas perut aku.

Kesimpulannya di sini, tujuan meeting telah tersasar akibat big boss yang syok sendiri.
Aku berjanji (dalam hati) bila aku jadi big boss nanti, aku takkan buat semua ni.
Korang pun, kalau jadi big boss, jangan syok sendiri tau.
Buat susah orang, hampeh.
Nak sound lebih-lebih takut gaji tak naik, adehhh! 

14 comments:

  1. kena syok sendiri aa baru bleh jadik boss..

    ReplyDelete
  2. rainoserez,

    haha, terngin ek nk jd boss syok sendiri.
    kan dah pesan, ketegaq ek?
    hahahaha

    ReplyDelete
  3. yeah sometimes its hard when we have such bosses.. =P

    ReplyDelete
  4. mwahahah e go wakaranai..
    'onaji des'...pastu sama2 lentok ehh..

    time keje part time dulu, slalu kene marah dgn bos...huhuhuhu..

    ReplyDelete
  5. yalah kalau meeting asyik tersasar bosan kan...

    ReplyDelete
  6. sound je la..x sound pon dok cekelat angin..bek sound...konfem cekelat angin...

    ReplyDelete
  7. Kenwooi,
    ya loh, waste of time and company money.
    This is what we call highly paid idiot. Some more dare to talk about operations cost down.
    soo lawak!

    ReplyDelete
  8. rainoserez,
    dalam dok pesan nak buat jugak,
    ketegaq lah tu huhu

    ReplyDelete
  9. Rina,
    Onaji desuka?
    ahahaha
    itu alasan nak tidor sebenarnya.
    (ejaan mungkin silap tapi bunyinya begini:
    "si vous parlez lantament, je comprend"
    parlez franchais, sukoshi dake..ee desuka?

    ReplyDelete
  10. sharinginfoz,

    bukan setakat tersasar, dah ke laut dah ni.

    ReplyDelete
  11. F,
    FYI, sekarang dah upgrade,
    bukan cekelat angin lagi dah jadi
    "fisherman friend"

    ReplyDelete
  12. "fisherman friend"
    dh dapat 2..

    ReplyDelete
  13. ati,
    dapat la naik sket, alhamdulillah..
    tapi kalu dpt kat tempat lain aku belah jugak..
    peduli apa..wakakaka

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.