My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Saturday, April 9, 2011

Chef Fahmy Western Food, Bertam, Kepala Batas, Penang.

PERHATIAN : CHEF FAHMY TELAH BERPINDAH PERNIAGAAN KE LA TEA GARDEN BERSEBELAHAN STESEN MINYAK ESSO SUNGAI DUA, JALAN SUNGAI DUA BUTTERWORTH. SILA TELEFON NO HP BELIAU JIKA ANDA CARI TAK JUMPA.
________________________________________

Hampir setahun setengah saya menetap di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Hampir setahun setengah juga saya tercari-cari tempat makan western food yang sedap. Akhirnya pencarian saya telah berakhir. Saya telah menemui tempat makan western food yang sedap, murah dan terbaik di seluruh Seluruh Seberang Perai.
Restoran Bafana Roasters ini mempunyai konsep ala food court in door dan outdoor. Kawasan parking yang sangat luas serta mudah untuk dicari. Jika anda datang dari highway Utara Selatan, keluar ikut Bertam dan belok ke kiri. Traffic light pertama selepas golf resort, belok ke kanan dan anda akan nampak kedai serbaneka Delima. Restoran Bafana Roasters ada di sebelahnya. (Lot Tepi)




Tempatnya ialah di Restoran BAFANA ROASTERS, di No 1, Tingkat Bawah, Jalan Dagangan 2, Bertam Perdana 1, Kepala Batas, Pulau Pinang. Di sini terdapat satu gerai kepunyaan En. Fahmy Jufri yang menyediakan makanan Itali dan western. En Fahmy pernah bekerja di Hotel sebagai chef. Sebelum membuka gerai di sini beliau pernah merantau dan bekerja di restoran dan hotel di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Melihat skil beliau memasak dan merasai keenakan masakan beliau, saya cukup berpuashati dengan kualiti masakan chef Fahmy. Cara beliau memasak amat 'passionate' seolah-olah beliau tenggelam di alamnya yang tersendiri ketika memasak. Chef Fahmy menyediakan bahan mentah yang segar dan kebanyakan seasoning dan marination dilakukan on the spot. Ini telah menghasilkan makanan yang segar, juicy dan sedap seperti yang biasa kita makan di hotel dan restoran yang mahal.

Waktu perniagaan ialah dari Ahad sampai Jumaat, bermula dari jam 5 petang hingga tengah malam. Tutup pada setiap hari Sabtu.



Chef Fahmy, tengah beraksi di open kitchen. Melihat Chef Fahmy bekerja dengan sangat sistematik boleh membuatkan kita terleka. Patutlah beliau hanya bekerja seorang diri. Terlalu tertib dan passionate ke atas kerjanya. Setiap bekas yang dibuka pasti ditutup semula. Bahan mentah dari yang dikeluarkan dari peti ais pasti akan disimpannya semula selepas selesai menggunakan bahan tersebut. 

Menunya simple tapi lengkap dengan starter, Soup dan main course. Berikut saya sertakan senarai makanan dan harga.
Starter
Fried Calamary - RM 5.50
Mashed Potato - RM 3.50
Mix Salad - RM 5.00
Ceaser Salad - RM 6.00
Garlic Bread - RM 3.00
French Fries - RM 3.00

Soup
Minestrone - RM 4.50
Creamy Cicken Soup - RM 4.50
Mushroom Soup - RM 4.50

Main Course
Chicken Chop - RM 8.50
Fish & Chips - RM 7.50
Club Sandwich - RM 7.50
Lamb Chop - RM 13.00

Spagetti
Oglio Mix Vegetable - RM 8.00
Oglio Seafood - RM 9.00
Marinara - RM 10.00
Chicken Bolognaise - RM 8.00

Lamb Chop RM 13.00 Harga paling tinggi di sini tapi tetap murah berbanding kualiti rasa dan daging yang juicy serta empuk. Lihatlah hidangannya, sangat berbaloi untuk RM 13.00. 



Chicken Chop RM 8.50. Lihatlah side salad, french friesnya. Banyakkan? Sos cendawan nya pun segar dan sedap.

Oglio Seafood - RM 9.00. Hidangan agak besar. Terasa kesegaran makanan lautnya. Tengoklah udang King Size, gedabak.
Penulis sedang mengambil mood Italian sebelum memakan Oglio Seafood. Terbaekk dari Chef Fahmy.!
Beginilah keadaan semasa permulaan.


Inilah keputusan semasa sesi makan berakhir. Terbaekk, murah, sedap. Inilah jawapan yang kami cari selama ini.
Chef Fahmy juga ada membuat bisnes sandwich yang di pre-pack dan dihantar ke kedai-kedai dan majlis-majlis keramaian. Jika anda berminat untuk berurusan atau sekadar bertanya, silalah hubungi:

Fahmy Jufri,
Hp: 017- 274 4729
       012-311 3759

Terima kasih Chef Fahmy kerana sekarang ni tak perlulah kami ke Penang Island untuk makan Western Food. Saya rekemen tempat ni kepada semua. Pasti berbaloi untuk wang anda. Saya bagi rate 4 Bintang untuk Chef Fahmy Western Food. Pasti juga anda akan jadi regular customer. Jom kita serbu ramai-ramai!!


*Liputan Perniagaan Chef Fahmy dibuat secara percuma sebagai khidmat masyarakat blog ini.