My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Showing posts with label income tax. Show all posts
Showing posts with label income tax. Show all posts

Monday, April 19, 2010

Musim Bayar Cukai Datang Lagi



Cukai terlebih bayar. Wow for the record, aku tak pernah bayar lebih, kurang adalah.

Bulan bayar cukai muncul kembali.
Macam biasa aku pun buatlah e-filing.
Tup-tup, ada excess RM924.91
Wow, shiokk!!
Semenjak 1994, aku bayar cukai belum pernah ada excess.
Ni lah pertama kali dalam sejarah.
Sekarang bukan aku hutang Income tax, depa hutang aku.
Ishk-ishk, sempoinya.

Semenjak awal tahun lepas, syarikat tolak PCB lebih.
Sebab tu lah jadi excess.
Aku prefer tolak lebih setiap bulan daripada aku terpaksa bayar seketul sekali.
Nak berpisah dengan duit banyak at one short rasa berat hati macam nak lepaskan awek kesayangan pi kawin dengan orang lain. (Telenovela Asmaradana, aku layan gak)

Aku nasihatkan korang yang kena tax, bayarlah.
Itu tanggungjawab.
Kalau tak bayar, nanti EPF tak leh keluar, masa tu dah tua nak cekau mana duit bayar denda?
Tolak semua balance-sekupang dalam EPF, camana?
Lagi satu, bayarlah zakat pendapatan, nanti boleh rebate incometax.
Zakat tu wajib, kalu tak bayar, rezki tak berkat.
Gaji berlambak pun duit tak pernah cukup sebab kita makan hak orang lain.
Dalam gaji kita ada hak orang miskin, anak yatim dan sebagainya.
Jangan makan hak orang lain, haram hukumnya.