My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011!!

Happy New Year 2011. Cheers!!!!

In  couple of hours 2010 will say bye-bye to us. Happy new year to all my blog's visitors. I guess, all of us achieved our target for 2010. - If not all, maybe a few..:-) Personally I have achieved few significant things in this year.

Firstly, I managed to maintain my weight but also maintain my un-balance body mass index...goshh!
Second, I managed to add number 4 infront of my age counter...pheww! Anyway, I am happy being 40 because life begin at 40. Next year I will be 41 and life is going to be more challenging, hopefully. (I am trying to motivate myself)

Happy new year to all. Have a happy and prosperous life in year 2011.

Sanusi Din
31 December 2010.

Tuesday, December 28, 2010

Trip to Cameron Highlands and Perak (Part 1)

Recently, my family and I went to Cameron Highlands and Perak. The trip was fun and full of colors. This time I will let the photos tell a story.

Part 1. Cameron Highlands. http://en.wikipedia.org/wiki/Cameron_Highlands

Cameron Highlands, tourist heaven and major vegetable producer in Malaysia. Reminds me of Berastagi in Medan, Indonesia.



Rose Valley in Kampung Tringkap.
 
This forest won't last another 10 years if not properly maintain by those involved in agro tourism here in Cameron Highlands.

Souvenirs stalls right infront of Rose Valley entrance.

Local Mint Leaves anyone?


I am no landscaping or garden expert, therefore I can only provide photo. I have no idea the names of this beauty.


Yummy!

Koi Fish pond in the Rose Garden. Just sit back, relax and unwind.

Cheerful and bright colors are for those who are daring.

I think flowers watching is one of the best mind's therapy.

Love me or hate me, I am just drop dead beautiful.


I fall in love with this green thing.

Guess what? Dried pumpkin. Remember Drunken Master movie? Pumpkin of this type can be used for storing wine and water. Exotic!!

White can be so calming...Agree?

So many plants, flowers and such.

The classic beauty, pink roses.

Roses are red, voilets are blue...no such thing here.


Do not pick or pluck the flowers.

Bird of Paradise

I like..I like.


Fresh highlands air. View from Rose Valley hilltop.

Pisang kaki, (literally means banana feet) fruit tree?!


Seriously!
There are so much more to share...But I think, better for you guys to check it out personally. The beauty of Cameron Highlands is just too good to be missed. Signing off now. Part 2 is on the way.
Sanusi Din
28 December 2010





Wednesday, December 8, 2010

Hutan Lipur Ulu Paip-Destinasi Perkelahan Keluarga

5 Disember 2010, ke Hutan Lipur Ulu Paip, di Kulim, Kedah. Senang saja nak ke sini, ikut jer lah papan tanda.(hehehe). Dah lama tak berkelah kira-kira sedekad..hahaha. Bila anak saudara kami Yusri, datang dari Johor, kami pun bawak la dia berkelah ke sini.
Kemudahan awam yang tersedia termasuklah, surau, dewan dan tandas.

Bangunan surau dan dewan.
Kawasan tempat letak kereta luas dan percuma.

Ada gerai jagung bakar, rojak  dan jajan.

Hijau flora yang menyejukkan mata.

Merenung pokok misteri yang digelar pokok langsuir dapat merungkai stress dan segala macam kekusutan.

Lihatlah, air dingin yang mengalir perlahan sambil membelai batu batu sungai dan akar pohon bambu. 

Pokok apa ni? Saya lupalah namanya. Tapi cantikkan?

Ulat Gonggok Hutan Lipur Ulu Paip. Fauna yang unik.

Pondok rehat yang tersedia untuk para pengunjung.

Dari balik daun bambu, pemandangan sungai Ulu Paip sangat damai dan menyejukkan fikiran.


Wow! rasanya macam nak terus berendam dalam sungai, sampai kecut.

Kehijauan hutan simpan Negeri Kedah.


Pokok Palma apa ni? Pokok Palas ke?

Tu dia. Makanan simple tapi sedap banget. Kerang rebus cicah air asam, gulai lemak udang, ikan sardin goreng dan ayam goreng. Mak aii...terbaek dari dapur chef Noriati.

Ishhh...ishhh.. ermmm.. gulp!! Tertelan air liur la pulak.

Pulun, Yusri pulun, sampai tak panggung kepala.


Tikar tak ada, surat khabar lama pun boleh gak buat tikar. Aesya dan Yursi tengah lunch.

Sepupu yang best friend dari kecik sampai besar.

Yusri dan Aesya tengah bina kolam untuk mandi kat dalam tu.

Jangan minum air tu, belum masak lagi nanti sakit perut.


Siokkknya mandi kat Sungai Ulu Paip ni..Rasa macam tak mau balik Johor jer. Gerek Sehhh!!




Hutan Lipur Ulu Paip adalah destinasi perkelahan yang lebih family oriented. Sungainya agak cetek dan selamat untuk anak-anak kecil. Jika dibandingkan dengan Sungai Sedim yang deras dan dalam, di sini agak menenangkan jiwa mak bapak yang bawak anak-anak mandi manda di sini.

Oleh:
Sanusi Din

Monday, November 29, 2010

Percutian Berastagi-Medan Menjadi Misteri Nusantara

Baru-baru ni, 23-25 November 2010, saya dan keluarga melancong ke Medan. Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Tanah Indonesia, tetangga yang terdekat. Kami mengikuti pakej pelancongan bersama grup seramai 27 orang. Pakej kami ialah, Berastagi-Medan selama 3 hari 2 malam.
Tempat-tempat menarik yang dilawati ialah Air Terjun Sipiso-piso (Pemandangan Danau Toba), Pasar buah Berastagi, shopping gila di kota Medan. Keseluruhan pakej, hotel dan tour berharga RM 500 seorang. Secara keseluruhan pakej ini baik dan berbaloi untuk pelaburan.

Pemandangan Berastagi di siang hari. Nyaman.
Berastagi adalah kawasan pelancongan tanah tinggi seperti Cameron Highlandsdi Pahang. Cuaca agak sejuk 22 darjah celcius, amat sesuai untuk berehat dan mengendurkan saraf otak yang stress. Populasi penduduk Kristian melebihi Muslim, namun mereka toleransi dan saling menerima perbezaan. Ini jelas kelihatan bila Rumah Makan (restoran) Muslim berselang-seli dengan Rumah Makan Kristian yang rata-ratanya menyediakan babi panggang. Toleransi beragama ini jelas kelihatan dari bangunan gereja dan masjid yang berselang seli dalam penempatan yang sama.
Rumah Makan Muslim

Rumah Makan Bukan Muslim, betul-betul di hadapan Rumah Makan Muslim.
Pada hari pertama kami dijemput di Airport, Medan oleh pemandu pelancong yang sempoi dan terus bergerak ke Berastagi di mana kami akan bermalam. Dalam perjalanan menuju puncak Berastagi, kami singgah makan tengahari di Bandar Baru. Makanannya boleh diterima oleh tekak kami yang cerewet. Rumah makan di Medan masih menghidangkan semua lauk-pauk ke meja pelanggan dan hanya akan "charge" lauk yang dimakan sahaja. Sistem ini pada suatu ketika dulu terdapat di Penang dan telah diberhentikan di sekitar tahun 70'an.

Jalan menuju puncak terasa begitu lama kerana jalannya yang bengkang-bengkok dan rosak. Namun pemandangan hutan simpan yang luas dengan jurang yang dalam cukup untuk melekakan fikiran. Semakin tinggi semakin sejuk dan nyaman. Kami sampai di puncak dan terus check in ke Hotel Green Garden. Berehat seketika dan keluar tour ke Air Terjun Sipiso-piso untuk menikmati pemandangan Danau Toba dari puncak.
Air Terjun Sipiso-piso
Pemandangan Danau Toba dari Puncak Sipiso-piso
Alangkah indah lukisanNya.
"Speechless!"
Penulis, isteri dan anak.
Sungguh menginspirasikan pemandangan di sini.
Kami singgah ke pasar buah di Berastagi dan shopping buah-buahan serta makan jagung bakar "king size". Lepas makan jagung bakar kami makan malam di RM Family. Makanan ok, cuma sedikit terkilan kerana ada cekikan pelancong. Tapi tak apalah, sekali-sekala kan?
Makan di Rumah Makan Family.

Pasar buah Berastagi
Kami bermalam di Green Garden Hotel yang cantik dan murah; RM 70.00 sahaja dengan makan pagi. Malam makin dingin dengan kabus yang menyelubungi suasana. Letih kerana perjalanan jauh, kami terus masuk tidur.  Namun malam dingin tak mengizinkan kami tidur nyenyak. Malam itu kami diganggu oleh entiti asing yang menaikkan bulu roma. Ada yang diganggu bunyi berdentum-dentam, hilai tawa dan kanak-kanak bermain sekitar jam 2 atau 3 pagi. Seram!!! Misteri Nusantara.


Green Garden Hotel.
Kolam renang yang cantik tapi sayang sejuk sangat, macamana nak mandi?.
Bilik besar, selesa tapi murah. The best value for money. Lantaklah misteri Nusantara.
Esoknya kami bertolak ke Kota Medan yang sibuk. Lepas check in di Hotel Ibunda kami keluar lagi untuk shopping gila. Maklumlah kami semua dah jadi jutawan belaka. Duit Malaysia dah bertukar menjadi jutaan Rupiah! Perasaan jutawan itulah yang menjadikan kami gila shopping. Namun bila kami tengah teruja untuk shopping, kami dikejar oleh pemuda-pemuda medan yang berniaga ala paksa. Keghairahan kami terbantut dan duit tak habis dibelanja. (hehehe..selamat duit aku)
Ke Medan City

Mak aih, shopping sakan.

Awas Rujak Berbahaya! hahaha. Humor banget!

Shopping gila di Pasar Ikan. (Nama Pasar Ikan sempena dulunya sebelum bazaar dibina di sini adalah pasar ikan)

Adehh!!

Sini-sini, kain pelikat, kain batik, telekung semua ada, murah-murah.
Habis shopping gila kami ke kedai Bika Ambon dan Lapis Legit Ayu yang terkenal di Jalan Gedung Arca. Serbuan kami menyebabkan kesesakan lalulintas akut di situ. Alang-alang ke Medan, eloklah dibelikan oleh-oleh untuk saudara dan teman-teman.
Bika Ambon

Lapis Legit

Bika Ambon-terbaik dari Medan.
Pulang ke Hotel Ibunda untuk mandi dan bersiap untuk shopping lagi di Mall Simpang Raya. Shopping lagi!
Malam itu kami semua tidur lena tanpa gangguan misteri Nusantara. Alhamdulillah!! Esok paginya kami pulang ke Penang dengan perasaan bercampur aduk. Suka dan seram, tapi suka lebih banyak dari seram.

Oleh:
Sanusi Din
29/11/2010