Gambar Hiasan, kulit roti Gardenia, bahagian hujung yang nipis dan hangit yang aku suka.
Pernah rasa apa yang aku rasa?
Rasa kebulur, sangat lapar, orang Perak cakap buruk lantak.
Masa tinggal kat hostel dululah.
Macam biasa hari-hari makan kat DM bukannya sedap sangat.
Maklumlah bayar singgit makan 4, 5 kali!! (What do you expect?)
Hari Jumaat paling sedih sebab makan ikan jaket.
Punyalah besar ikan tu, nak makan pun takut.
Rasanya simple, tiada rasa!!
Bila malam, habis prep kena tidur jam 11.00 malam.
Lampu semua kena off.
Lepas lampu off, perut punya keroncong pun on.
Adehhh!! laparnya.
Maggi habis, biskut pun habis.
Nak buat camana ni?
Kedengaran bunyi keroncong semakin bertambah.
Maknanya bukan aku sorang yang lapar, ada lagi member-member yang lapar ni.
Aku sebagai pemimpin yang prihatin, mengatur rancangan untuk mencari makanan.
Setelah dibincang kata sepakat dicapai.
Sorang athlete akan dipilih untk lompat pagar dan lari 500 meter pergi dan balik bawa roti dan kaya.
(Bukan roti Gardenia tapi roti mamak yang murah dan ringan sangat-aku tak ingat brand)
Habis collect duit, Lan, pelari pilihan pun menjalankan tanggungjawabnya.
Dia pergi dan selamat pulang sebelum warden buat rondaan.
Kalau kantoi, macam biasa, dia sorang saja yang kena.
Kami dah buat agreement, siapa kantoi dia tak akan pecah rahsia.
Itulah yang aku respect kat bebudak hostel ni.
Kami punya team spirit dan brotherhood yang paling kuat pernah aku rasa.
Lepas roti dah sampai, aku pun sapu kaya dan bagi sorang 2 keping.
Semuanya makan dengan lahap.
Siannya aku tengok, rasa macam pelarian Somalia.
Bila dah habis semua dapat, tinggallah kat aku part yang last tu.
Dah lah hangit,nipis pulak tu.
Nak buat camana, aku tak sanggup tengok roommate aku kebulur.
Selalunya aku akan makan part yang last tu.
Lama kelamaan aku jadi terbiasa dan suka pulak.
Sebab tu arr sampai sekarang aku suka makan part hangit tu.
Setiap kali aku makan, aku teringat kisah kat hostel.
Di situlah aku mula belajar basic management, kepimpinan, planning, organizing dan controlling.
ala pakcik, buat2 sedey plak mkn part yg hangit tu.. ntah2 memang dok tunggu part tu jer..? sobonar eh, dlm byk2 keping roti tu, itu lah part yg paling byk skali khasiat dia tau!
ReplyDelete~penah mkn roti sapu susu pekat manis + tabur sebuk milo kat atas, perrggghhhh..!!
penah2 makan dgn susu pekat manis, sedap ooo.. kalau tabur sebuk milo tu kira anak org kaya lah.,kami makan pun share duit tong-tong..
ReplyDeleteteringat dulu2 masa dok hostel, ada sorang member budak perak, kalau dia tadak kelas petang, misti bancuh teh o wangi (cap apa ntah) 1 jug, pakat2 mkn dgn biskut tawar 4segi, sambil2 gebang gossip org tu org ni.. lazat jer rasa walaupon biskut tawar!
ReplyDelete~biakut 4segi tawar ni pon lazat gak kalau sapu susu pekat manis + tabur sebuk milo.. besa laa.. org kaya!
Biskut 4 segi tu cicah kopi lagi sedap..
ReplyDeleteataupun pecahkan masuk ke dalam bubur kacang pun sedap. Teh o wangi tu cap 888, made in sg lallang.
wah~ sangat cool!!!!...bestnya dapat satu dorm yang setia dan sporting,rupanya dr dulu lag dah blaja jadi otai hahah bagus2...suka gak part yang hangit tu,tp jgnlah hangit sangat, sedang2 gitu, sebab masin..hahaha..
ReplyDeletehaha.. i also always hungry.. must eat something =P
ReplyDeleterina,
ReplyDeletedulu pakcik ketua asrama, pak imam dan juga ketua jenayah terancang kat hostel tu, camana? Multiple personality disorder!!
kenwooi,
ReplyDeletesnack between snack, cool.
i like dat part...lg nikmat mkn bhgn tu compared to bhgn len...
ReplyDeleteaikk?
ReplyDeletesama la kita..
sedapkan bahagian tu..