My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Sunday, October 10, 2010

Excuse Me Sir, I Want to Know Why

Sebuah kenangan masam manis semasa mengajar Bahasa Inggeris.


Beberapa tahun yang lalu, saya dapat kerja sebagai guru sambilan di sebuah pusat Bahasa Inggeris Antarabangsa di Pulau Pinang. Saya sangatlah teruja dengan tawaran tersebut. Di Pusat Bahasa tersebut, murid-murid dicampur dari pelbagai peringkat umur mengikut tahap Bahasa Inggeris mereka. Jadi dalam satu kelas ada yang berumur 9 tahun hingga 20 tahun.

Dalam kelas saya ada seorang budak berumur 9 tahun yang sering mengganggu kelas dengan soalan-soalan yang tiada kena mengena dengan pembelajaran. Saya bersabar kerana dia hanyalah seorang kanak-kanak yang hiperaktif barangkali.Setelah berpuluh soalan yang ditanya akhirnya tibalah saat kesabaran saya hilang akibat soalan ini; "Excuse me Sir, I want to know why boys have bird and girl don't have any bird?". Itulah titik akhir kesabaran saya dan titik mula saya mengusir dia keluar dari kelas, sepertimana yang dilakukan oleh guru-guru saya dahulu kepada murid yang mengganggu kelas.

Akhirnya tindakan saya membuahkan hasil. Kelas tidak lagi diganggu dan berjalan lancar. Yang sedihnya pula, itulah hari terakhir saya mengajar di situ. Saya diberhentikan kerja kerana mengusir murid keluar kelas. Saya terlupa sesuatu, "customer always right".

Lesson Learnt:

1. Menjadi guru kepada anak-anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi.
2. Salut kepada semua guru yang penyabar dalam mendidik anak-anak bangsa.
3. Customer always right, no matter how wrong they are.
4. Saya memang tidak sesuai mengajar budak-budak sekolah rendah, biarlah saya mengajar orang dewasa sahaja.
5. WTH with the bird?

by: Sanusi Din
12/09/2010

4 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.