Puas dan lancar he he he.
Esok aku kena pergi training "Best Practice in Warehouse Management" kat E&O Hotel.
Ya lah, yang 6 bintang tu. (Jangan jealous!)
Mahal siot, 2 hari training, RM 900.00
Nanti aku nak buat food review sikit.
Lunch time makan buffet kot.
Aku dah roger F&B manager, pasal nak buat review.
By the way, Executive Chef kat situ is my ex colleague at one of the 5 stars hotel.
(Anak sulung aku pun kerja kat situ)
It was long time ago, tetapi pengalaman aku sebagai food taster untuk Royal dan VIP guest, cukup untuk buat modal bagi chef-chef ketaq lutut. (aku perasan!)
Baru-baru ni aku menteke kat salah satu restoran nasi kandar yang terkenal di Pulau Pinang.
Kalau kategori rempah ratus yang garang, restoran ni kira Top 3 lah.
Aku dan anak bongsu, Aesya suka makan Ayam Tandoori kat situ.
Awek aku tak order, kami share 2 set, makan 3 orang, sep tul!
So, kami pun orderlah dua set.
Macam kenal jer, restoran mana ni ya?
Setibanya pesanan, aku dapati ayam itu ayam yang recycle.
Maksudnya, ayam yang dah lama dipanggang.
Dagingnya dah kering.
Aku makan jugaklah sebab dah order.
(Memang sah, kureng sedap.)
Lagipun aku tak ada mood nak komplen.
Boring-boring.
Hai Tandooriku, indah rupa dari rasa.
Lain kali aku nak makan Ayam Tandoori kat Restoran Kapitan lah.
Setakat ni, belum pernah aku dikecewakan oleh Tandoori Kapitan.
Walaubagaimanapun, esok aku ada motivasi yang tinggi sebab nak review 6 bintang punya.
Tak sabar ni...!!!