My Other Side of Head (Creative Writing, poetry etc))

Friday, February 5, 2010

Perkara Sengals yang Aku Pernah Buat

Dalam hidup aku selalu ikut kepala aku.
Kadang-kadang aku rasa dalam hidup kita perlu berbincang dengan orang-orang yang hampir dengan kita.
Sekurang-kurangnya ada consensus, so kalau silap pon bukan salah seorang. (pandai mengelat)
Tapi disebabkan aku jenis ketegag tahap tegar, most of the time aku ikut kepala sendiri.
Kadang-kadang aku buat perkara-perkara yang agak 'sengal'
Aku pernah kerja sebagai Security Officer Armed Escort Guard dan berhenti selepas 3 hari.
Sebabnya, semua anak buah aku ada pistol dan senapang tapi aku tak dibagi sepucuk.
Ini boleh jadi krisis kepimpinan.
Sepatutnya senjata aku lebih besar sket dari diorang punya. (ahaks)
Aku pon berhenti sebab tak puas hati.
Semasa kerja Hotel aku pernah kata kat bos aku dia kerja serupa lembu.
Bos aku memang yes man.
Apa saja bos dia suruh dia ikut.
Aku rasa kalau bos dia suruh terjun Sungai Prai pun dia terjun.
Aku kerja kat Room Service Department masa tu.
F&B manager suruh hantar kan barang-barang BBQ sampai ke hujung jetty marina.
Aku bengang atas dari ayah pin (langit) sebab dah la jauh, panas terik, berat nak mampos, troli aku tak leh pakai atas jambatan kayu dan lagi satu uniform aku tebal sangat.
Aduss.., rasa macam memakai oven ke badan.
Tapi sebagai kuli terhormat aku pergi lah jugak selepas mengucapkan kata-kata hikmah kepada bos aku.
"You always say yes, Why ya.., this is not Room Service job maa. Let the beach boys send this stuff. I think you are born cow, people can pull you anywhere you sure follow one" Lebih kurang cam tu arr bunyiknya.
Perghhh! Kejam giler.
Bila dah berumur sket aku pikir punya pikir memang tak patut aku kata macam tu.
Sampai sekarang ni (20 tahun lebih) aku dok cari dia tak jumpa lagi.., nak mintak maaf.
Lagi satu insiden kat kedai mamak nasi kandar.
Hari tu tak full house pun.
Geng mamak waiter dok asyik sembang.
Lama gak aku tunggu dalam 15 minit, tak sorang pun ambik order kat meja aku.
Aku punya kesabaran dah hilang.
Aku pun speaking la bahasa ibunda, "Dei mapheley, sikero-sikero, vanggey"
Bila dia terdengar aku punya sound yang "buat ramai" gaya hero Tamil dia pun datang segera.
Dia buat-buat kalut (biasa ar.. gempaq)
Aku tengok naik meluat sebab dari tadi dok menyembang tiba-tiba buat kalut.
Bila dia tanya order aku cakap nak jumpa bos dia (manager restoran)
Aku cakap nak komplen pasal dia dok menyembang tak nak ambil order sampai 15 minit delay.
Dia pun pucat lah (walau pun dia gelap) dan aku nampak wajah kerisauan.
Dia merayu supaya aku tak report kat manager.
Aku tetap panggil manager dan report.
Lepas tu dia kena teruk-teruk dengan manager.
Bila aku pikir balik, kesianlah kat dia, dahlah datang jauh ke negeri orang, mak bapak pun jauh di mata sekali kena marah daaa...
Ada banyak lagi kesengalan yang aku buat..
Lain kali lah aku sambung..
The point is kadang-kadang aku rasa they deserve to be taught in the hard way.
Tapi bila pikir-pikir balik...entahlah..

6 comments:

  1. Darah muda neh kadg2 xley nk kawal..

    ReplyDelete
  2. abihhh.. dah memang spesies sengals kot, nak wat cane lagik..? ahaks!

    ReplyDelete
  3. Darah muda mmg x boley kawal.
    asyik nk hentam shj.

    ReplyDelete
  4. hahaha
    la ni pun sengals gak
    tp kurang byk dah

    ReplyDelete
  5. Each person will make their own and unique life mistakes.....We can only hope it will make us better men :)

    ReplyDelete
  6. ticky wicky,
    yes indeed, it will make us a better man.
    over a time period, it will make us cooler and wiser.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.